Friday, February 1, 2013
Pendatang Indonesia dakwa pegawai mahkamah Tawau berikannya kad pengenalan biru - Oleh Boo Su-Lyn
KOTA
KINABALU, 31 Jan — Seorang pendatang Indonesia memberitahu inkuiri
Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) berkenaan pendatang haram hari ini
seorang pegawai Mahkamah Adat Tawau memberinya kad pengenalan biru pada
1979 untuk mengundi kerajaan dalam pilihan raya.
Yuhanis Bira, 57, berkata beliau tiba di Sabah pada 1973 dan menerima kad pengenalan enam tahun kemudian dari pegawai mahkamah tersebut, yang tidak disebut namanya, tanpa sijil kelahiran.
"Dia (pegawai) kata boleh sokong kerajaan...jadi saya sokong kerajaan lah," kata Yuhanis kepada RCI hari ini.
"Mengundi?" tanya Datuk Ahmad Abd Rahman, dari Persatuan Undang-Undang Sabah.
"Ya," kata Yuhanis.
Yuhanis berkata beliau mendaftar sebagai pengundi sejak 1981 dan mengundi setiap kali pilihan raya selepas itu.
Parti Berjaya memerintah Sabah dari 1976 hingga 1985, di mana bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh menafikan kewujudan "Projek IC".
Tun Dr Mahathir Mohamad, perdana menteri paling lama mentadbir, dari 1981 hingga 2003, dituduh menjadi dalang kepada "Projek IC", dimana kewarganegaraan diberikan kepada warga asing untuk mendapatkan undi.
Yuhanis berkata beliau hanya membayar pegawai mahkamah itu sebanyak RM12, yang diterima pada 1979 selepas bertemu dengan pegawai mahkamah itu setahun selepas itu.
Menurut Undang-undang Kewarganegaraan 1964, mereka yang ingin memohon untuk menjadi warganegara Malaysia melalui penaturalisasian mesti menjadi seorang pemastautin tetap selama lebih daripada 12 tahun dan telah berada di Malaysia selama lebih daripada 10 tahun.
Seorang lagi pendatang dari Indonesia Berahim Abdullah mengaku rakannya membantu beliau mendapatkan kad pengenalan biru pada tahun 1990 tanpa sijil kelahiran, sepuluh tahun selepas beliau tiba di Sabah untuk mendapatkan pekerjaan.
Berahim, yang juga bekerja sebagai chef, berkata beliau mendaftar sebagai pengundi dan mengundi empat kali di Kunak.
Ditanya mengapa beliau mendaftar sebagai pengundi, Berahim berkata untuk menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN).
Kedua-dua Yuhanis dan Berahim berkata kad pengenalan mereka tercatat tempat lahir mereka sebagai Sabah, walaupun mereka mengaku lahir di Indonesia.
Beberapa pendatang Pakistan dan India telah memberi keterangan baru-baru ini tentang mendapatkan kad pengenalan biru - sama ada dari orang tengah atau dari JPN secara langsung dalam hanya beberapa tahun selepas tiba di Sabah.
Bekas hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong akan menyambung semula inkuiri pada 22 Februari.
Malaysia Insider
2 orang berkata:
Mahathir bin Mohamad adalah pembohong nomor wahid di Malaysia... DALAM ISU mYKAD sekejap dia salahkan Tunku Abdul Rahman!, Sekejap dia salahkan Anwar Ibrahim! Padahal dia lupa yang dia sendiri mengaku dia yang mengarahkannya..Mahadir boleh kita ibaratkan keturunan si Kitol...pengkhianat bangsa yang meruntuhkan kesultanan Melaka kepada Portugis...
Yuhanis Bira..saya kenal mangkuk hayun ni.
Siap dapat tanah lagi beb...
Post a Comment