‘Harga murah punca krisis air di Selangor’
January 31, 2013
KUALA LUMPUR, 31 Jan — Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk
Seri Peter Chin Fah Kui berkata harga air yang murah punca kepada krisis
bekalan air terputus berlaku di negeri Selangor baru-baru ini serta
menegaskan hal tersebut menunjukkan penting bagi kerajaan melakukan
penstrukturan tenaga dan air bagi memastikan kedua-dua bekalan utama
tersebut tidak mengalami masalah pada masa depan.
Menurut beliau, langkah kerajaan negeri memberikan harga air yang
murah bukanlah sesuatu kaedah terbaik kerana ia hanya akan menyebabkan
kepada lebih banyak pembaziran.
“Krisis di Selangor baru-baru ini adalah salah satu contoh akibat
buruk yang berlaku dan menyebabkan ratusan ribuan rakyat menerima
kesannya.
“Air murah yang diberikan hanya menyebabkan pembaziran kerana orang
ramai yang tidak menghargai dan menggunakannya secara berlebihan,” kata
Chin dalam satu majlis anjuran Institut Strategi Dan Kepimpinan Asia
pagi tadi.
Chin juga menyatakan pemberian air murah akan menyebabkan kerajaan
terpaksa meningkatkan subsidi dan pada masa sama ia juga akan
menyebabkan pembaziran dana awam.
“Apabila penggunaan air meningkat, kerajaan pada masa sama terpaksa meningkatkan subsidi.
“Apabila ditambah subsidi ini, penggunaan dana awam juga tidak dapat digunakan dengan sebaiknya,” tambah beliau lagi.
Dalam pada itu, Chin mengulangi penstrukturan tenaga dan air sangat
penting serta memberikan amaran supaya ianya tidak dipolitikkan kerana
isu ini adalah demi kepentingan rakyat Malaysia sendiri.
MENYUSUL LAGI
1 orang berkata:
umno yang di lihat mempolitikkan isu nie, tiap kali kempen di selangor umno akan menyalahkan kerajaan negeri selangor, sedangkan syabas bukanlah bawah kerajaan negeri selangor.
dapat di lihat sebenarnya mereka mahu menaikkan harga air di selangor supaya dapat keuntungan lebih besar kerana 20mpadu telah di tanggung oleh kerajaan selangor.
sangat tamak dan niat jahat umno barisan nasional nie.
terjumpa satu blog baru pr yg best :http://astanakandis.blogspot.com/
kalau dapat di linkkan sangat di hargai, supaya mudah saya kesana dan kemari.
Post a Comment