Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Friday, September 27, 2013

Dr Mahathir tiada pengaruh lagi untuk bantu Mukhriz, kata Ku Li


[tmi]- Tengku Razaleigh Hamzah meneruskan sengketanya dengan bekas lawannya, Tun Dr Mahathir Mohamad apabila menyifatkan beliau tidak lagi berpengaruh untuk membantu anaknya dalam pemilihan Umno kali ini.

Anak bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu, Datuk Mukhriz Mahathir mengesahkan untuk masuk bertanding dalam jawatan Naib Presiden Umno baru-baru ini.

"Semoga berjaya kepada beliau (Mukhriz).

"Saya tidak lihat bapanya (Dr Mahathir) mempunyai pengaruh lagi, kita boleh lihat semasa cubaannya untuk kembali ke arena politik gagal selepas tewas dalam pemilihan bahagian di Kubang Pasu," kata Tengku Razaleigh semasa ditemui wartawan di sidang meja bulat ekonomi Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS).

Beliau turut mengulangi pendirian mendesak pemimpin kerajaan supaya mengisytiharkan aset mereka kepada umum sebagai langkah memastikan ketelusan dalam pentadbiran.

Pemimpin veteran Umno itu berkata, kesan rasuah adalah lebih buruk kerana ia memberi impak kepada semua kumpulan khususnya rakyat Malaysia keseluruhan.

"Menteri, bekas menteri termasuk saya, ayuh isytiharkan harta masing-masing," katanya.

"Sepatutnya mereka yang rasuah perlu ditangani dahulu. Rasuah adalah perkara utama yang kita hadapi," katanya.

1 orang berkata:

MANSOR JUNUS said...

Saya sokong Mat Sabu. Yang baik kita ambil yang buruk kita tolak. Banyak orang kita ni totok membuta tuli.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.