Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Jumaat, 20 September 2013

Demi Rakyat: BN perlu sambut kesediaan PR untuk berdialog secara terbuka

Barang kali sudah sampai masanya, sebenarnya kita sudah terlewat untuk insaf bagi mengamalkan politik berminda tinggi tanpa perkelahian sepanjang masa dan tidak meletakkan perbezaan ideologi itu sebagai satu sempadan besar yang memisahkan di antara kita. Selama mana lagi kita mahu mengamalkan politik benci membenci, bermusuhan serta angkuh mendabik dada, akulah yang betul dan kamu yang salah semuanya.

Seharusnya kita semua menjadi cerdik dan bijak. Menjadikan gelanggang politik sebagai wadah memperkasakan kepentingan negara dan rakyat, bukannya wadah untuk terus bergaduh dan bertelingkah sepanjang masa sehingga melupai tanggungjawab kepada negara. Orang-orang politik juga wajar menandakan bahawa politiking ada batas dan ada musimnya.

Kita selama ini tidak menanda batas dan musim dalam dunia berpolitik. Kita tidak kira atau mengikut peredaran iklim dan cuaca secara almiah. Politik kita kehilangan kompas dan tidak ada jadual. Kita berpolitik (politiking) sepanjang masa. Musim banjir, ribut atau kemarau kita tetap dengan rasa dan nada sama menghentam dan menyerang sesama sendiri. Tanpa kita sedar cara kita beperang sepanjang masa itu sebenarnya kita membunuh diri dan kenegaraan sendiri.
 
Sudah sampai masanya, walaupun sudah lewat sebenarnya untuk kita kembali mengambil dan mengikut musim untuk berpolitik. Kita buanglah abuk-abuk dan lendir kebodohan yang menyaluti saraf fikir kita. Jadi kesediaan Pakatan Rakyat untuk mengadakan dialog nasional bersama BN seharusnya disambut baik oleh semua pihak khasnya BN. BN perlu menerimanya sebagai ajakan penuh kejujuran tanpa ada prangsangka apa-apa di sebaliknya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.