20 September, 2013
Patutlah Berduyun-Duyun Orang Datang Ke Majlis Najib Dan Rosmah.. Ini Sebabnya
Ada cara yang berkesan bagaimana mendapatkan hadirin yang ramai di majlis-majlis umum yang dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
Mengerah kakitangan awam dan ahli-ahli parti politik komponen Barisan
Nasional (BN) adalah lumrah. Begitu juga dengan arahan badan-badan
berpakaian seragam seperti pengakap.
Namun pada sambutan ulangtahun ke-50 Sabah Dalam Malaysia yang diadakan
di Tanjung Aru dekat sini pada 16 September lalu cabutan bertuah dengan
hadiah utama sebuah kereta dan hadiah menarik lain seperti motorsikal
telah menjadi magnet kepada orang ramai yang menaruh harapan memenangi
sebuah kereta.
Sejak lewat petang juruacara bertugas mengumumkan ada cabutan tiket
bertuah itu dengan hadiah sebuah kereta, maka berduyun-duyunlah manusia
dari sekitar bandaraya ini meredah hujan dan lopak ke tapak sambutan di
Taman Prince Phillip Tanjung Aru.
Yang lebih menarik ialah para pemenang tiket bertuah digalakkan terus
berada di tapak sambutan dengan cara melambatkan cabutan tiket-tiket
utama dan para pemenang hanya boleh menuntut hadiah-hadiah yang
dimenangi mereka selepas jam 11.30 malam .
Ini bermakna sebanyak mungkin pengunjung akan bertahan di majlis
berkenaan menanti kalau-kalau tiket mereka dicabut memenangi sebuah
kereta atau motorsikal atau beratus hadiah lain. Yang paling gembira
tentulah pengerusi penganjur,
Datuk Yahya Hussin,
yang juga Timbalan Ketua Menteri, yang pada awal bulan ini berkata
beliau yakin 50,000 orang akan berada di tapak sambutan untuk
mengalu-alukan Najib dan isteri.
Tambah meningkatkan lagi keghairahan pengunjung malam ini ialah
juruacara sengaja tidak mengumumkan apakah model kereta yang bakal
dihadiahkan kepada pengunjung bertuah.
Tiada pula kereta kelihatan di sekitar pentas sambutan.
Barisan artis ternama tempatan dan dari Kuala Lumpur seperti Stacy,
Faizal Tahir dan Jacklyn Victor juga turut menjadi tarikan kepada orang
ramai untuk datang.
Najib yang diiringi isterinya Datin Rosmah Mansor tiba
di Kota Kinabalu pada tengahari 16 September dari Kuching, Sarawak di
mana mereka lebih awal menghadiri sambutan serupa di Padang Merdeka di
Kuching.
Perdana Menteri pada malam tersebut telah melancarkan Projek Pembangunan
Eko Tanjung Aru sebelum turut merayakan sambutan Hari Malaysia.
Projek pembangunan eko itu memperincikan pelan pembangunan jangka
panjang seluruh kawasan pantai Tanjung Aru yang suatu ketika dulu sangat
terkenal di kalangan pelancong dalam negeri.
Bagaimanapun beberapa pihak sudahpun mengecam tindakan pihak berkuasa
tempatan menebang banyak pokok besar di sekitar tapak sambutan bagi
membolehkan kawasan yang luas dijadikan tempat meletak kereta pengunjung
pada malam tersebut. ~free malaysian today
0 orang berkata:
Post a Comment