NI, SEJARAH NEGARA PERLU PENCERAHAN, JANGAN JADI BANGSA LANUN, DUDUK KERAH KERINGAT RAKYAT UNTUK KAUM BANGSAWAN HIDUP MACAM ULAR SAWA KENYANG, TU SEBAB MELAYU TAK HABIS BANGANGNYA - Pak Karamu
01 September, 2013
Panas!! Bekas Ketua Pengarah Utusan Dakwa Parti Komunis Malaya Adalah Pejuang Kemerdekaan
Bekas Ketua Pengarang Utusan Said Zahari mengatakan tragedi berdarah
yang berlaku dalam negara pada 13 Mei 1969 lebih besar dari sekadar
pergaduhan antara kaum Melayu dan Cina. Beliau mengulas filem Tanda Putera arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba yang mempunyai latarbelakang peristiwa itu.
"13 Mei bukanlah mengenai kaum Melayu bergaduh dengan kaum Cina tapi ia
lebih dari itu, ia akibat dari golongan tidak senang melihat keharmonian
bangsa dinegara ini," katanya dalam satu wawancara bersama The
Malaysian Insider sempena ulangtahun Hari Merdeka ke-56.
"Sewajarnya sejarah harus dinilai dari keseluruhannya
dan dilihat dari perkembangannya," katanya ketika ditemui dirumahnya
Puncak Alam, Selangor.
Dakwa beliau rusuhan kaum ketika itu terjadi kerana bekas penjajah akan
menghalang segala usaha penyatuan kaum di negara ini dengan harapan
dapat kembali menjajah.
"Ketika berada dalam tahanan saya bersama rakan-rakan berbincang
mengenai insiden itu dan kami merasakan timbul perkara tidak sihat
dalam isu itu," kata Said merujuk kepada penahanannya di bawah ISA di Singapura.
Katanya British
sebenarnya tidak mahu memberi kemerdekaan di negara ini namun mereka
terpaksa akur dengan kebangkitan rakyat bukan saja di Malaya pada ketika
itu termasuk di seluruh Nusantara selepas tamatnya Perang Dunia Kedua.
Kerana itu katanya, para sejarawan negara perlu kembali kepada sejarah
dahulu dan meneliti unsur-unsur yang mahu memecah belahkan perpaduan
rakyat.
Mengulas cadangan Lim Kit Siang
yang mahu kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi
menyiasat semula peristiwa 13 Mei, Said menyifatkan ia cuma permainan
politik dari seorang ahli politik.
"Tidak ada salah untuk mengkali semula insiden tersebut namun hakikatnya
kita kenal siapa Lim Kit Siang, beliau seorang ahli politik hanya
mengambil kesempatan atas tragedi tersebut," kata Said.
Bekas ketua pengarang Utusan itu mengatakan Umno tidak mampu bertahan lama sekiranya parti nasionalis itu tidak keluar dari kepompong kemelayuannya.
Said yang pernah memimpin akhbar itu sebelum diambil alih Umno pada
tahun tahun 1961 berkata parti Melayu itu kini sudah semakin lemah dan
perjuangannya boleh dianggap lesu.
"Umno itu sekiranya masih sama tidak keluar dari kepompong kemelayuannya
maka ia cuma menunggu masa rebah, sekiranya masih wujud, ia hanyalah
tinggal pada nama dan isinya kosong tiada perjuangan hanya kepentingan,"
katanya.
Pada 1961, Said memimpin wartawan Utusan mogok kerana membantah tindakan Umno untuk menguasai akhbar itu.
Bagi lelaki berumur 85 tahun itu, Utusan harus kekal bebas dari
penguasaan mana-mana parti politik selari dengan prinsip kewartawanan
yang baik.
Akibatnya beliau dilarang masuk ke Malaya pada ketika itu oleh bekas Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman yang juga Menteri Dalam Negeri.
Said yang kini sedang menyiarkan memoir ketiganya berjudul "Menggegam
Segumpal Harapan" ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
di Singapura selama 27 tahun oleh bekas Perdana Menteri Lee Kuan Yew.
"Ramai yang tidak tahu penentang
penjajah ialah mereka dari Parti Komunis Malaya (PKM) mereka inilah yang
bertempur malah ramai yang terkorban demi menuntut kemerdekaan.
Kerana mereka ini lantang dan bersifat radikal tidak seperti pihak
tertentu yang kononnya memperjuangkan kemerdekaan namun didepan penjajah
tunduk pada kuasa asing itu PKM
digambarkan sebagai pemberontak cuba menghancurkan negara walhal
kenyataannya bukan begitu," katanya mengulas mengenai peristiwa di
ambang kemerdekaan sebelum 31 Ogos, 1957. ~the malaysian insider
0 orang berkata:
Post a Comment