Najib, Muhyiddin serah borang pencalonan
KUALA LUMPUR - Proses penamaan calon pemilihan Umno 2013 dibuka di seluruh negara 8 pagi ini.
Proses penamaan bagi semua jawatan termasuk tiga sayap di peringkat pusat diadakan di ibu pejabat Umno di sini manakala peringkat bahagian termasuk tiga sayap di pejabat badan perhubungan Umno negeri masing-masing.
Proses itu tamat 5 petang ini.
Ini merupakan kali pertama Umno mengadakan pemilihan dengan kaedah baharu yang lebih telus dan demokratik ekoran pindaan perlembagaan parti pada 2009.
Setelah proses penamaan itu selesai, tempoh bertenang selama 72 jam atau tiga hari diadakan bagi membolehkan Jawatankuasa Pemilihan menyemak kelayakan mereka yang ingin bertanding itu sebelum senarai calon diumumkan.
Proses pemilihan baharu itu turut memudahkan syarat bertanding dengan hanya perlu menjadi anggota Umno selama tiga tahun dan anggota jawatankuasa bahagian atau Majlis Tertinggi (MT) selama sepenggal untuk bertanding jawatan MT.
Bagi pertandingan di peringkat bahagian, mereka hanya perlu menjadi anggota Umno sekurang-kurangnya tiga tahun.
Ini berbeza dengan syarat kuota tertentu yang diperlukan sebelum seseorang boleh bertanding jawatan MT sebelum ini.
Proses pengundian baharu pula memberi kuasa kepada lebih ramai anggota iaitu 146,500 anggota perwakilan dari 191 bahagian yang bertujuan antaranya menghapuskan gejala politik wang.
Pengundian ketiga-tiga sayap peringkat bahagian dan pusat akan diadakan 12 Oktober manakala pengundian peringkat bahagian dan MT pada 19 Oktober.
Perhimpunan Agung Umno 2013 akan diadakan di sini dari 2 hingga 7 Disember.
Najib ialah pencadang kepada pencalonan Muhyiddin manakala penyokong ialah Tengku Adnan.
Najib memenangi kerusi presiden tanpa bertanding pada 26 Mac 2009 dan beliau cuba mempertahankannya bagi penggal kedua kali ini.
Najib dan Muhyiddin menghadiri perarakan rapat raksasa sempena sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia ke-80 tahun di Dataran Merdeka, pagi ini.
Dua hari lepas, Najib mengumumkan akan mempertahan jawatan itu berdasarkan sokongan dan kepercayaan yang disuarakan anggota parti di peringkat akar umbi.
Muhyiddin memenangi kerusi timbalan presiden parti apabila mengalahkan pencabar tunggalnya Tan Sri Muhammad Muhamad Taib pada pemilihan Umno 2009.
Beliau cuba untuk mempertahan jawatan itu bagi penggal kedua kali ini.- Bernama

0 orang berkata:
Post a Comment