Saturday, September 21, 2013
Aku Ingatkan Yahudi Sahaja Yang Mungkir Janji, Rupanya.....
Sikap munafik Najib, pemimpin umno, Ketua Polis Negara, bekas polis dan lain-lain diselar oleh Rahim Noor, Bekas KPN
Ahmad Tajdid
KUALA LUMPUR: Bekas
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor kesal dengan keengganan
kerajaan membenarkan bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM),
Chin Peng pulang ke Malaysia serta menganggap tindakan tersebut sebagai
ganjil dan mengingkari perjanjian damai yang dicapai antara Kerajaan
Malaysia dan Parti Komunis Malaya pada 1989.
Bercakap
dalam sesi wawancara dengan stesen radio Bfm petang tadi, Abdul Rahim
yang terlibat dalam menggubal perjanjian susulan dengan PKM yang
menggariskan terma dan syarat pelaksanaan perjanjian damai itu berkata,
perjanjian antara kerajaan dan PKM sepatutnya terlaksana ke atas semua
anggota PKM dari "kedudukan paling atas sehinggalah yang paling bawah".
Beliau
melahirkan rasa hairan mengapa Chin Peng tidak dibenarkan pulang ke
Malaysia sedangkan pemimpin-pemimpin tertinggi PKM seperti Pengerusinya,
Abdullah CD dibenarkan berbuat demikian.
Malah
Abdullah CD dan isterinya Suryani Abdullah, ujar Abdul Rahim
diperkenankan menghadap Sultan Perak sekembalinya mereka ke tanah air.
Seorang
lagi bekas pemimpin komunis, Abdul Rashid Maidin yang menetap di sebuah
perkampungan bekas anggota PKM di sempadan Malaysia-Thai, jelas Abdul
Rahim menaiki penerbangan ke tanah suci Makkah dari Kuala Lumpur dengan
keizinan Kerajaan Malaysia.
Kerajaan,
ujarnya perlu menghormati perjanjian damai yang dimeterai dengan PKM
seperti diamalkan negara-negara lain dan tidak dilihat sebagai
mempersendakannya.
Beliau
memberi contoh perjanjian damai yang termeterai antara Kerajaan
Indonesia dan Gerakan Acheh Merdeka (GAM) sejurus selepas bencana
Tsunami melanda wilayah Acheh.
Para
pemimpin GAM yang tinggal di luar negara kerana mendapat suaka politik,
ujar Abdul Rahim dibenarkan kembali ke Acheh oleh pemerintah Indonesia
selepas perjanjian damai dimeterai.
Chin
Peng meninggal dunia di Bangkok 16 September lalu selepas usahanya
untuk kembali ke Malaysia termasuk melalui prosedur perundangan tidak
tercapai.
Hasrat
anggota keluarganya untuk membawa pulang abu mayat bekas pemimpin PKM
itu bagi disemadikan di kampung halamannya di Setiawan, Perak tidak
dibenarkan kerajaan BN ekoran bantahan beberapa pihak termasuk Umno dan
Perkasa.
Antara
kandungan utama Perjanjian Damai Haadyai yang dimeterai antara Kerajaan
Malaysia dan PKM adalah anggota PKM berjanji untuk menamatkan
perjuangan bersenjata mereka dan PKM dibubarkan.
Chin
Peng yang mewakili PKM juga berikrar taat setia kepada Yang di-Pertuan
Agung dan anggota PKM akan mematuhi undang-undang negara Malaysia.
Menurut
Artikel 3 perjanjian, Kerajaan Malaysia akan membenarkan bekas anggota
PKM untuk menetap di Malaysia sekiranya mereka mahu dan kerajaan akan
membantu bekas-bekas anggota PKM untuk memulakan hidup baru di Malaysia.
Perjanjian
yang ditandatangani pada 2 Disember 1989 itu juga memberi kebebasan
kepada bekas anggota PKM untuk memilih sama ada pulang ke Malaysia atau
terus tinggal di Selatan Thailand.
Seramai
431 ahli PKM memohon pulang ke Malaysia tetapi 93 permohonan ditolak
kerana tidak memenuhi syarat perjanjian dan masalah status
kewarganegaraan.
Kerajaan
Malaysia juga bersetuju membayar subsidi kehidupan sebanyak RM8,000
sekembalinya bekas anggota PKM ke Malaysia dan wang saraan hidup
sebanyak RM300 sebulan untuk membantu mereka menyesuaikan diri dengan
kehidupan di tanah air. - sumber
0 orang berkata:
Post a Comment