Tentera kuasai selatan Filipina
ZAMBOANGA - FILIPINA. Tentera Filipina kini mengawal 70 peratus
daripada kawasan kumpulan bersenjata Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro
(MNLF) di selatan Filipina.
Menurut laporan Al-Jazeera, pegawai tentera berkata, sejak pertempuran 10 hari lalu, tentera melakukan serangan darat dan udara serta mengetatkan kawalan di sekitar pesisir pantai.
“Lebih 100 kumpulan bersenjata dibunuh selepas mereka memasuki Santa Barbara dan Santa Catalina di pusat Zamboanga. Di
Tolon tentera juga berjaya menumpaskan kumpulan itu namun sehingga kini tiada angka rasmi dicatatkan,” katanya.
Sementara itu, berita ketua polis Zamboaga yang dilaporkan diculik kumpulan bersenjata adalah palsu.
Setiausaha Menteri dalam Negeri Mar Roxas berkata, Jose Chiquito Malayo dan tiga pegawai polis kanan itu bukan diculik, sebaliknya bertemu wakil MNLF untuk berunding supaya membebaskan semua tebusan.
Kelmarin, tentera berjaya membebaskan 200 tebusan di Zamboanga City termasuk wanita mengandung dan kanak-kanak.
Kira-kira 80,000 penduduk kehilangan tempat tinggal ekoran pertempuran yang memusnahkan beratus-ratus rumah, bangunan awam dan komersil.
Perkhidmatan feri dan penerbangan turut ditangguhkan sementara waktu kerana pertempuran berkenaan.

0 orang berkata:
Post a Comment