Shahrizat: Tiada rundingan di sebalik tabir
KUALA LUMPUR - Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
berkata tiada sebarang "rundingan di sebalik tabir" antara beliau dan
Datuk Azalina Othman Said berhubung penarikan diri Azalina bertanding
jawatan nombor satu pergerakan itu.
"Tiada 'perjumpaan' atau wujud sebarang delegasi bagi memujuk Azalina menarik diri daripada bertanding (jawatan ketua Wanita) pada pemilihan parti bulan depan," katanya.
Beliau menyifatkan hubungannya dengan Azalina, bekas ketua Puteri adalah baik dan percaya masing-masing tidak terdesak sehingga mahu merebut jawatan nombor satu dalam sayap parti itu.
Shahrizat juga menegaskan bahawa beliau dan Azalina masing-masing mempunyai visi dan matlamat untuk mengukuhkan kedudukan Wanita Umno dan memperjuangkan kepentingan rakyat negara ini.
"Hubungan saya dengan Azalina baik... tak pernah renggang. Dia (Azalina) macam adik saya. Saya tidak terdesak dan saya pasti beliau juga tidak terdesak untuk jawatan," katanya kepada pada sidang media di sini hari ini.
Shahrizat mengulas laporan beberapa media kononnya wujud "percaturan tertentu" sehingga menyebabkan Azalina menarik diri daripada bertanding jawatan berkenaan.
"Saya nak tergelak kerana semacam ada satu misteri (dalam hal ini) sedangkan tiada apa. Azalina seorang ahli politik yang berpandangan jauh dan beliau membuat keputusan sendiri," katanya.
Sebelum ini, Azalina dilaporkan ingin bertanding jawatan Ketua Wanita tetapi manarik diri pada 10 Sept kerana mahu mengelakkan perpecahan dalam parti.
Shahrizat seterusnya memberitahu Wanita Umno akan memberi sokongan kepada Azalina sekiranya Anggota Parlimen Pengerang itu bertanding mempertahankan kerusi anggota Majlis Tertinggi (MT).
"Wanita akan menyokong sesiapa sahaja wanita yang bertanding MT, termasuk Azalina. Saya tidak tahu keputusan beliau (untuk bertanding atau tidak), tetapi kita akan menyokong beliau," katanya.
Shahrizat juga memberitahu Wanita Umno mempunyai senarai nama calon yang akan dicadangkan bertanding bagi jawatan MT, bagaimanapun senarai itu hanya akan diumumkan Sabtu ini.
Mengulas mengenai hasrat Anggota Jawatankuasa Umno Kulim Bandar Baru, Raihan Suleiman Palestin untuk mencabarnya, Shahrizat berkata beliau melihatnya sebagai perkara biasa dalam amalan demokrasi. - Bernama

0 orang berkata:
Post a Comment