• Tun Dr Mahathir Mohamad Tun Dr Mahathir Mohamad
1 / 1
PUTRAJAYA - Sementara penantian siapa Menteri Besar Selangor yang baharu tinggal beberapa jam sahaja lagi, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan semua pihak supaya akur dengan pilihan Sultan Selangor, Sultan Saharafuddin Idris Shah.

Dr Mahathir berkata, ia bagi mengelak krisis politik di Selangor terus berpanjangan.

"Mereka (PR) tidak dapat membuat kata putus bersama untuk mengemukakan satu calon... sebab itu sultan meminta dua tiga calon dan terpulang pada sultan untuk memilih sesiapa dan saya harap semua pihak akan bersetuju," katanya yang menegaskan pilihan sultan itu perlu diterima terutama oleh PR.

Dr Mahathir berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Shapadu di Putrajaya Haven, hari ini.

Upacara angkat sumpah Menteri Besar Selangor yang baharu akan diadakan esok di Istana Alam Shah, Klang.

Mengulas lanjut sekiranya berlaku usul undi tidak percaya ke atas menteri besar baharu, Dr Mahathir berkata, perkara itu hanya akan memandangkan masalah di negeri itu.

"Berpanjangan masalahnya dan lebih baik mereka sokong siapa yang akan dicalonkan sebagai menteri besar," katanya.