• Kelihatan DYMM Sultan Selangor tiba di Istana Alam Shah,Klang pagi ini. Mohamed Azmin, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa, sudah menerima surat pelantikan sebagai Menteri Besar dan majlis mengangkat sumpah akan diadakan esok di Istana Alam Shah, Klang. - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI  
  •  

1 / 1
KLANG - Selepas melalui konflik berpanjangan, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mengesahkan pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Selangor yang ke-15 berkuat kuasa hari ini.

Ikuti laporan terus Istiadat Angkat Sumpah dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan yang berlangsung di Istana Alam Shah, Klang, hari ini.

Istiadat disempurnakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

8.30 pagi: Petugas media mulai hadir sebagai persiapan awal.

8.50 pagi: Keberangkatan tiba Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, Klang.

9.00 pagi: Petugas media dan pihak polis memasuki pekarangan istana.

9.20 pagi: Kelihatan beberapa kenderaan melepasi pintu pagar istana.

9.57 pagi: Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi tiba di Istana.