Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Monday, September 1, 2014

Pensyarah UM pula akan didakwa dibawah Akta Hasutan esok..


Selepas beberapa pemimpin politik Pakatan Rakyat (PR) didakwa di bawah Akta Hasutan, ahli akademik dari Universiti Malaya Prof Madya Dr Azmi Sharom bakal menerima nasib sama esok.

Azmi mengesahkan perkara tersebut kepada The Malaysian Insider, tetapi enggan mengulas lanjut.

"Betul saya kena dakwa. Tapi tunggu esok mana tahu mungkin tidak jadi," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Azmi, yang merupakan Presiden Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya (Pekaum), berkata beliau menerima panggilan telefon memintanya ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok.

"Saya terima panggilan minta saya hadir. Tidak ada surat tentang itu," katanya.

Beliau dipercayai akan didakwa di bawah Akta Hasutan ekoran kenyataannya melalui sebuah portal mengenai krisis Perak 2009 dan kaitannya dengan krisis menteri besar Selangor. 

Pensyarah undang-undang itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen esok berhubung artikel bertajuk "Take Perak crisis route for speedy end to Selangor impasse, Pakatan told" (Ambil jalan krisis Perak selesaikan segera kebuntuan Selangor, Pakatan diberitahu, dilaporkan The Malay Mail Online pada 14 Ogos).

Mengikut portal itu, polis Dang Wangi menyatakan pensyarah itu akan dihadapkan dibawah Seksyen 4(1)(b), di mana sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun. 

Berita pendakwaan itu dikritik hebat Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty, Eric Paulsen yang berkata tiada sesiapa selamat daripada akta itu kecuali mereka yang berdiam diri atau menyokong kerajaan.

Dia juga mendakwa tindakan itu menggambarkan Malaysia negara diktator yang tidak toleran dengan sebarang pendapat bercanggah.

Tindakan polis itu turut dikecam Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), yang mengajak mahasiswa dan orang ramai hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur esok pagi bagi menunjukkan solidariti bersama Azmi.

"Hujah-hujah dan pandangan yang dikemukan oleh Dr Azmi tidak pernah sedikit sebanyak mengugat Hak Sultan terutamanya harta dan kuasa mereka," kata PMUM dalam reaksinya.

Azmi akan menjadi ahli akademik pertama didakwa di bawah Akta Hasutan, yang menurut Putrajaya akan dimansuhkan dan diganti dengan Akta Keharmonian Nasional, kini dalam peringkat penggubalan. 

Dalam masa dua minggu, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat didakwa di bawah akta sama termasuk Rafizi Ramli dan N. Surendran dari PKR, Khalid Samad dari PAS dan RSN Rayer dari DAP.

Juga dalam perbicaraan kerana tuduhan menghasut ialah Teresa Kok (DAP) dan Tian Chua (PKR), sementara Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin (PAS) didakwa kerana atas tuduhan membuat fitnah dua tahun lepas lapor The Malaysian Insider

1 orang berkata:

Anonymous said...

Umno/BN akan tangkap belaka kecuali yang puji/jilat punggingmya saja itulah perangai umno/BN dulu kini dan selamanya 'Pergi jahanam sumno'

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.