Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
s

BERAPI!!! ADUN Seri Delima, RSN Rayer Ditahan Polis Berkaitan Kes Penubuhan PPS.. Jom Terjah!!!



Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, RSN Rayer ditahan polis kira-kira pukul 6 petang ini bagi membantu siasatan berhubung kes penubuhan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) kerajaan negeri Pulau Pinang. 

- UTUSAN ONLINE

Manakala RoketDaily pula melaporkan...

pps-ditahan-polis

GEORGE TOWN, 1 SEPT: Pasukan Peronda Sukarela (PPS) adalah pertubuhan sah yang diluluskan kerajaan negeri Pulau Pinang, sama seperti Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) yang ditubuhkan kerajaan negeri ataupun JKKK (P) yang ditubuhkan kerajaan persekutuan selepas pilihan raya umum ke-12 pada 2008.
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, PPS adalah badan sah yang diluluskan kerajaan negeri menerusi mesyuarat Exco pada 8 April 2009 bermatlamat membantu kerja bantuan bencana dan kecemasan serta memberikan segala bantuan kepada pihak polis.
“Semua rakyat Pulau Pinang dibenarkan mengambil bahagian tanpa kira kaum, agama ataupun latarbelakang. Sejak kelulusan itu PPS menjalankan tugas dengan baik dengan restu pihak polis.
“Selama empat tahun ini, PPS tidak menghadapi sebarang masalah dengan pihak polis, kecuali satu dua insiden yang telah pun diambil tindakan disiplin oleh kerajaan negeri dan hukuman oleh mahkamah,” kata Guan Eng pada media selepas mesyuarat tergempar bersama Exco dan ADUN Pulau Pinang hari ini.
Tambahnya, kerajaan negeri Pulau Pinang tidak akan berkomrpmi dan akan mengambil tindakan keras ke atas mana-mana sukarelawan PPS yang tidak berdisiplin atau terlibat dalam masalah pelakuan bersifat jenayah.
Justeru beliau mengecam keras fitnah Ketua Polis Negara, Tan Seri Khalid Abu bakar yang menuduh PPS sebagai pertubuhan haram.
Menurut Guan Eng, selepas lima tahun penubuhan sukarelawan PPS berjumlah 9,002 orang yang terdiri daripada 2,970 orang Melayu (33%), 5,123 Cina (57%) dan 873 India (10%).
PPS direhatkan
Dalam pada itu Guan Eng mengumumkan bahawa kerajaan negeri merehatkan anggota PPS di Pulau Pinang sehingga keputusan mahkamah dibuat berhubung status pertubuhan sukarelawan itu.
Namun kata Guan Eng orang ramai di negeri ini masih boleh menggantikan peranan PPS dengan membantu pihak polis meneruskan langkah kepolisan masyarakat untuk mencegah jenayah.
Guan Eng turut memaklumkan kerajaan negeri menyediakan bantuan guaman dan kewangan kepada 156 anggota PPS bersama Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Phee Boon Poh yang masih ditahan polis untuk menghadapi proses perundangan.
“Semua peserta PPS yang ditahan itu akan diberikan sumbangan RM200 setiap hari ditahan serta apa-apa kerugian munasabah yang dialami semasa dalam tahanan.
“Semua peguam yang perlu akan dilantik oleh pihak kerajaan negeri untuk membela mereka,” kata Guan Eng. 
– Roketkini.com

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.