Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

GILIRAN UMNO PULA BERPERANG

Sunday, April 5, 2015

Khairy mahu Najib jawab sendiri dakwaan Mahathir?


Pelbagai isu yang dibangkitkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad perlu segera dijawab Putrajaya bagi mengelak masalah yang dibangkitkan menjadi lebih meruncing, kata Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Menteri belia dan sukan itu berkata, pandangan Dr Mahathir sebagai seorang bekas perdana menteri tidak boleh diabaikan kerana isu yang dibangkitkan adalah isu yang mendapat perhatian ramai.

"Sebagai seorang bekas perdana menteri, kita harus mendengar dan menghayati apa yang ditulis beliau. Bagi saya, kita tidak boleh buat tidak tahu saja apa yang dibangkitkan Dr Mahathir.

"Buat tidak tahu bukan pilihan. Kita tidak boleh cuba buat tidak tahu. Kalau kita buat tidak tahu masalah ini akan menjadi lebih teruk lagi.

"Kita perlu selesaikan masalah itu. Apa yang Dr Mahathir bangkitkan kita perlu jawab walaupun kita rasa jawapan sudah diberikan, kena jawab lagi," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Universiti Teknologi Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.

Khairy berkata sama ada isu syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad (1MDB), pembelian jet kerajaan atau dakwaan pembunuh warga Mongolia Altantuya Sharibuu, Putrajaya perlu bersedia menjawabnya.

Katanya, apa yang dimahukan Dr Mahathir ialah semua persoalan dijawab Najib sendiri supaya lebih berkesan.

"Saya fikir itu yang Dr Mahathir mahu. Kita boleh buat penjelasan tetapi pada pandangan saya, yang paling berkesan apabila perdana menteri sendiri memberi penjelasan tersebut," katanya.

Dr Mahathir pada Khamis menyenaraikan pelbagai tuduhan terhadap Najib selama ini, dan mengatakan tiada satu pun antaranya dijawab sempurna.

Katanya, ia termasuk pembunuhan Altantuya dan dakwaan oleh salah seorang yang disabitkan, bekas komando Sirul Azhar Umar, iaitu bekas pengawal peribadi Najib.

Mengulas dakwaan Sirul menerima arahan membunuh Altantuya, Dr Mahathir berkata tuduhan seperti itu harus disiasat kerana Sirul pernah bekerja dengan Najib.

"Ini adalah nyawa manusia. Amatlah zalim jika Sirul dibunuh (dijatuhkan hukuman bunuh) kerana menjalankan arahan," tulisnya di blog chedet.cc.

Dr Mahathir juga membangkitkan masalah dihadapi 1MDB, dan mempersoalkan keperluan Putrajaya memberi kemudahan kredit hampir RM1 bilion kepada syarikat milik Kementerian Kewangan itu, di samping tindakan 1MDB membeli tanah kerajaan dan memeterai perjanjian diragui dengan PetroSaudi International.

Beliau turut mempersoalkan sumber kewangan anak tiri Najib, Riza Aziz, yang membeli hartanah mewah di New York melalui ahli perniagaan Low Taek Jho.

Dr Mahathir juga menyentuh mengenai jet peribadi yang dibeli untuk Najib, dan menyifatkannya pembaziran kerana kerajaan sudah mempunyai pesawat lain yang boleh digunakan.

"Banyaklah lagi tuduhan dan soalan terhadap 1MDB yang ditubuhkan Najib dan dikuasai sepenuh olehnya sebagai penasihat, yang tidak dijelaskan atau dijawab selain daripada menafi dan mendakwa semuanya bohong belaka.

"Laporan-laporan dalam akhbar di New York dan London amat memalukan negara," kata Dr Mahathir merujuk laporan media asing mengenai 1MDB dan Low lapor The Malaysian Insider

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.