Wan Azizah sedia tanding PRK Permatang Pauh
SHAH ALAM - Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail bersedia jika dicalonkan sebagai calon dalam PRK Permatang Pauh.
Beliau bagaimanapun berkata, segala perkara berkaitan calon, pada akhirnya ia terletak kepada keputusan parti untuk menentukan calon sebenar.
“Parti yang akan menentukan (calon). Kami akan mengadakan beberapa mesyuarat selepas ini dan saya bersedia menjadi calon bidan terjun. Saya rasa saya perlu bersedia untuk itu.
“Ia juga terltak kepada pengundi sendiri. Saya mengenali pengundi di sana dan hanya akan berundur selepas Anwar dibebaskan.
“Saya juga berharap boleh memberi perkhidmatan yang terbaik jika mereka berharap kepada saya,” katanya ketika ditemui media di Lobi Dewan Annex ketika Sidang Dun Selangor, hari ini.
Kelmarin, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikir Amin Mulia mengesahkan kerusi Permatang Pauh secara rasmi kosong selepas Lembaga Pengampunan Diraja menolak rayuan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas berhubung PRK Parlimen Permatang Pauh, Rabu depan (8 April).

Setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, ia selaras dengan
Artikel 54 (1) Perlembagaan Persekutuan telah wujud kekosongan luar
jangka.
Dalam pada itu, Wan Azizah berkata, mereka perlu bersedia bila-bila masa saja selepas tarikh PRK diumumkan dan kerja di peringkat akar umbi akan diteruskan.
Ketika ditanya berhubung khabar angin mengatakan pihaknya akan meletakkan Nurul Nuha sebagai calon, Wan Azizah berkata, hanya parti yang akan membuat keputusan berkenaan calon.
“Terpulang saja kepada parti, saya hanya memberi mereka galakan.

2 orang berkata:
Masalah kat kajang pun menimbum tak selesai Kak oiii. Tak yah lah tak ada be ban batu digalas
Raso2 eden lo...pkr kalah kat prmtg pauh sobab dap tunggul tu yg menyobabkan sokongan umat islam berkurangan kpd pkr...sobab pkr samo rentak dgn dap soal hudud....GST x beri kesan sangat....apa2 pun kito tengok dan lihat
Post a Comment