Cukai GST harus, kata Mufti Kelantan
- Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad pada sidang media mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di pejabatnya hari ini. - Foto Bernama
KOTA BHARU - Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad menegaskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mengikut syarak yang ditetapkan dan hukumnya harus.
"Cukai berkenaan menggantikan cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebelum ini dan merupakan percukaian yang diperkemaskan untuk memperbaiki sistem cukai di negara kita.
"Pelaksanaan ini adalah untuk mewujudkan keadilan sosial dan bukannya membebankan rakyat," katanya ketika mengadakan sidang media di pejabatnya di Lundang, hari ini.
Mohamad Shukri berkata, apa yang penting pelaksana (Kerajaan) perlulah memberi pemahaman yang betul kepada rakyat supaya tidak terkeliru.
Justeru itu, beliau juga turut menasihatkan supaya peniaga tidak mengambil kesempatan terhadap pengguna dengan menaikkan harga sesuka hati tanpa mengikut syarat dalam pelaksanaan GST.
2 orang berkata:
Harus kerana memberi wang(cukai) untuk PM kita beli jet baru sebab kerajaan masih belum ada jet lagi kan kan kan
Mufti kata ia x membebankan rakyat...memang la....gaji dia brapa...org kg gaji brapa...mufti pun auta saja.
Post a Comment