Pas Kota Raja calon Tuan Ibrahim tanding
KLANG - Pas kawasan Kota Raja, Klang mencalonkan Naib Presiden parti itu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden, yang kini disandang Mohamad Sabu.
Yang Dipertuanya, Jaafar Kassim berkata, melalui undian hari ini semua anggota bersetuju mencalonkan Tuan Ibrahim untuk bertanding jawatan itu disamping mahu terus mengekalkan Datuk Seri Hadi Awang sebagai presiden.
"Ramai ahli mahukan jawatan tertinggi Pas pusat dimonopoli oleh golongan ulama dan berikutan itu Mohamad tidak dicalonkan," katanya kepada pemberita selepas selesai Mesyuarat Agung Pas Kawasan Kota Raja di sini hari ini.
Katanya lagi, anggota-anggota Pas Kota Raja percaya dengan semangat dan kredibiliti Hadi untuk terus meneraju dan memperjuangkan semangat parti berkenaan.
Disamping itu, mesyuarat turut sebulat suara memilih Datuk Mahfuz Omar, Salahudin Ayub dan Dr Mariah Mahmud untuk jawatan Naib Presiden. - Bernama

0 orang berkata:
Post a Comment