Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

LEPAS SATU BALA, PARTI BARU SILA DAFTAR CEPAT


Azmin alu-alukan keputusan P.Pinang
Azmin Ali
Azmin Ali

SHAH ALAM - Timbalan Presiden PKR (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengalu-alukan keputusan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk tidak meneruskan cadangan mengadakan pilihan raya mengejut di negeri itu.

Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor berkata, keputusan itu menandakan Guan Eng mengutamakan semangat permuafakatan dalam Pakatan Harapan.  

"Saya memahami ia adalah satu keputusan sukar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Guan Eng dalam satu sidang media hari ini berkata DAP tidak akan meneruskan cadangan mereka untuk membubarkan dewan undangan negeri dan mengadakan pilihan raya mengejut.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat susulan cadangan itu tidak mendapat sokongan rakan Pakatan mereka, PKR yang bimbang kehilangan lebih banyak kerusi daripada DAP. - Bernama

TIADA SEBAB TAK LULUS


Kalau benar Malaysia negara demokrasi...
Datuk Mukhriz Tun Mahathir
Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir

PUTRAJAYA - Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) perlu membenarkan parti yang bakal ditubuhkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad didaftarkan tanpa sebarang halangan.

Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata demikian sambil menambah, pendaftaran parti itu akan dibuat dalam masa terdekat oleh Mahathir sendiri.

"Kalau tidak ada halangan daripada rakan-rakan lain, Mahathir sendiri akan hantar borang penubuhan parti kepada ROS.

"Kalau benar negara ini negara demokrasi, benarkan parti ini didaftarkan. Kita akan daftar dalam masa terdekat," katanya ketika ditemui pemberita ketika hadir di Majlis Ramah Mesra bersama Tun Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Parti baharu untuk ubah cara Umno]

Mengulas lanjut, katanya, setakat ini, cadangan penubuhan parti baharu itu disambut baik NGO dan parti politik lain. 

"Ada perbincangan dengan parti-parti lain sebab tujuan penubuhan parti ini adalah untuk tumbangkan BN pada PRU 14 dan kami tidak berminat untuk jadi pembangkang.

"Semua begitu bersemangat dan sokong mengenai pendaftaran parti baharu ini," katanya lagi.
Ditanya mengenai siri jelajah PKR mengenai  isu-isu mutakhir termasuk kes dakwaan berkaitan 1MDB, Mukhriz berkata, beliau sepertimana Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan sokongan penuh terhadap usaha tersebut.

Ujarnya, siri jelajah itu penting demi 'membuka mata' rakyat terhadap krisis kegagalan urus tadbir di negara ini.

PKR semalam mengesahkan akan mengadakan siri jelajah penerangan 1MBD tidak lama lagi.
Antara yang akan menyertai siri jelajah itu termasuk rakan Pakatan Harapan, NGO-NGO dan rakan politik lain.

BUKAN MUDAH NAK MEMPERTAHANKAN DASAR ISLAM


'Pas tidak akan sesekali jual prinsip, dasar'
Pas

SHAH ALAM - Pas tidak mungkin menukar dasar dan matlamat perjuangannya demi mendapat reda golongan yang menolak hasrat Islam yang bawa oleh parti itu.

Pesuruhjaya Pas Pahang, Rosli Abdul Jabar berkata demikian sambil menegaskan parti itu akan sentiasa kekal dengan dasar perjuangan yang digariskan sejak awal penubuhannya.

"Pas tidak mungkin mengkhianati ahlinya, adalah satu pengkhianatan jika Pas keluar dari dasarnya, setelah ahli dan penyokongnya bermatian berjuang dan melalui liku-liku yang perit dan panjang demi pertahankan Pas dari segala bentuk serangan yang bertujuan untuk gelincirkan Pas dari dasar Islamnya.

"Parti ini tidak mungkin menukar dasar juga demi dunia yang belum pasti milik kita, reda ALLAH hanya bersama Islam. Kerana itulah Pas akan tetap bersama Islam," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelasnya lagi, parti tersebut tidak akan menggadai perjuangan ahli dan penyokong yang sanggup berkorban demi parti itu selama ini.

"Pemimpin dan ahli sama-sama berkorban, sejak dulu ahli Pas berkongsi harta dan tenaga untuk perjuangan, yang kaya dan miskin semua sama. Pas bergerak dari dulu dengan sumbangan tenaga ahli dan penyokongnya, deligasi perjuangnya yang sentiasa berkorban sambung menyambung sejak dahulu sehingga kini.

"Pengorbanan ahli dan penyokong Pas tidak terhitung, Pas semakin kuat melalui pangkinan pengorbanan ahli dan penyokongnya, mereka berkorban semata-mata demi Islam bukan kerana yang lain, jika bukan Islam yang menjadi dasar perjuangan parti, rasanya Pas mungkin telah hilang dari peta politik Malaysia, mati dengan tubian serangan yang tidak putus-putus sejak dulu," katanya lagi.

Senario politik negara pada hari ini menyaksikan Pas tidak lagi punya sekutu politik yang kuat selain daripada kerjasamanya dalam blok ketiga bersama Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).

UMNO AKAN LENYAP


'Umno tak boleh dibaiki lagi'
Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin. - Foto Sinar Harian

KULIM - “Umno sekarang seperti kereta buruk, bila baiki rosak lagi, jadi kita tukar kereta baru lah,” demikian kata bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurutnya, walaupun perlembagaan parti boleh dipinda, namun ia tetap tidak berubah, malah kembali seperti sediakala juga.

”Nak baiki macam mana lagi Umno ini? Nak pinda perlembagaan? Ya, betul saya pengerusi perlembagaan. Tun (Dr) Mahathir (Mohamad) pun sama.

"Tapi tak berubah, macam itu lah juga Umno, lebih lagi bila presiden partinya menjadi seorang yang amat tak bertanggungjawab” katanya.

Jelasnya, sebab itu rakyat tidak perlu lagi mempertahankan Umno yang semakin rosak keseluruhannya dan perlu memilih parti baharu yang bakal ditubuhkan nanti.

“Sebab itu, kita tak boleh harap lagi pada Umno, tapi saya tahu nak berganjak dari Umno bukan mudah kerana berpuluh tahun bersama parti ini.

“Memang Umno perjuangkan dan bela nasib bangsa, agama dan negara, namun sampai setakat mana parti itu baik,” katanya.

Malah katanya, dengan pengalaman beberapa pemimpin yang akan mengemudi parti baharu nanti, sudah pasti hak rakyat, kedaulatan negara dan berteraskan agama dapat diperjuangkan.

“Sampai masa kita akan umum parti baharu. Parti ini akan berjuang untuk kita, lebih hebat daripada  diperjuangkan Umno selama ini. Jangan susah. Tak apa-apalah tinggalkan Umno. Kita ada pengalaman ,Tun Mahathir ada, (Datuk Seri) Mukhriz (Mahathir) dan  (Datuk Seri Mohd) Shafie (Apdal).

“Parti yang lebih demokratik, progresif, dinamik, teras Islam, perjuangan rakyat termasuk orang Melayu dan sebagainya. Kita akan jelaskan nanti,” katanya.

LAGI SEORANG AKAN DIPECAT DARI UMNO ?


Ahmad Said tiada masalah jika dipecat dari Umno
Ahmad Said
Ahmad Said

KEMAMAN - Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said menyerahkan kepada Majlis Tertinggi Umno untuk memutuskan kedudukan keanggotaannya dalam parti itu selepas wujudnya desakan daripada segelintir pihak yang memintanya dipecat berikutan kelantangannya mengkritik kerajaan dan Perdana Menteri yang juga presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Umno Bahagian Kemaman itu berkata, sekiranya Majlis Tertinggi ingin memecatnya dari parti, beliau akan akur dengan apa juga keputusan yang akan dimuktamadkan nanti.

Bagaimanapun, tegas Ahmad, jika beliau dipecat ia akan memberi kesan kepada kedudukan kerusi parti berkenaan di dalam Dun Terengganu kerana akan mengakibatkan jumlah kerusi yang dipegang akan sama banyak dengan pembangkang iaitu 16-16.

“Saya tidak ada sebarang masalah dan akur terhadap apa juga keputusan yang dimuktamadkan kelak, cuma apa sahaja keputusan nanti akan memberi kesan kepada kedudukan dalam Dun.

“Pada masa sekarang, saya akan bertahan dan terus menumpukan tugas sebagai wakil rakyat untuk membela nasib penduduk walaupun  terpaksa berdepan dengan pelbagai tohmahan buruk yang dilemparkan sesetengah pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan upacara pecah tanah projek 30 unit rumah kedai  Umno Bahagian Kemaman yang bernilai RM45 juta  yang dibangunkan dengan kerjasama Rayhar Properties Sdn Bhd (Rayhar) di Kampung Dusun Nyior, di sini, semalam.

Dalam satu mesyuarat tertutup yang diadakan di Kuala Lumpur kelmarin, ada segelintir pihak yang juga ahli Umno menggesa pucuk pimpinan Umno memecat segera Ahmad yang juga Adun Kijal ekoran kelantangannya mengkritik kerajaan dan membuat usul undi tidak percaya pada sidang Dun yang lalu.

Sementara itu ditanya mengenai kerjasama bersama Rayhar, Ahmad berkata, Rayhar akan membina sebanyak 30 unit rumah kedai empat dan tiga tingkat di atas tanah milik Umno Bahagian Kemaman yang dijangka siap dalam tempoh 30 bulan lagi.

“Menerusi kerjasama ini Umno Bahagian Kemaman akan menerima lapan unit rumah kedai dengan jangkaan perolehan RM50,000 sebulan hasil sewaan apabila siap kelak dan boleh diguna untuk menampung perbelanjaan pengurusan Umno Bahagian Kemaman,” katanya.

BN AKAN KALAH PRU AKAN DATANG


'Yakin BN kalah dua negeri PRU depan'
Mohd Shafie Apdal
Mohd Shafie ketika menyampaikan ceramah pada Program Bicara Isu Semasa Selamatkan Malaysia di Karangan, malam tadi.

KULIM - "Kali ini saya penuh yakin Umno-BN akan kalah di peringkat Negeri Kedah pada PRU akan datang, Insya-ALLAH,"demikian kata bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal  pada program Bicara Isu Semasa Selamatkan Malaysia di Karangan, malam tadi.

Malah, beliau berkata Sabah juga akan mengikut jejak langkah negeri ini yang akan bertukar kerajaan pada PRU depan.

"Dulu saya pernah jadi pengerusi perhubungan Umno di Kedah saya sudah jelajah kampung-kampung di sini,  saya penuh yakin kita akan ambil balik dari BN, bukan setakat Kedah Insya ALLAH dengan kudrat yang kita ada akan ambil alih Sabah daripada BN.

"Payung Umno sudah rosak bukan lagi melindungi bangsa melindungi agama tapi perjuangan untuk melindungi Datuk (Seri) Najib Razak," ktanya.

Beliau juga menyeru supaya rakyat tidak mensia-siakan kuasa yang ada untuk  membuang undi pada nanti.

"Saya sedar rakyat tak ada duit tapi saya sedar kuasa yang ada pada rakyat digeruni ditakui oleh pimpinan termasuk  Najib.

"Bila menjelang pilihan raya saja pemimpin tak boleh tidur pusing kampung bagi bantuan sehingga jam dua atau tiga pagi, kenapa sebab nak dapat undi daripada anda semua,"katanya.

Katanya lagi, untuk membela nasib bangsa Melayu dan agama rakyat perlu memilih dan mengundi parti baharu yang bakal ditubuhkan tidak lama lagi.

"Terjemahkan kehadiran kepada pilihan raya ini, jangan jual kuasa undi gunakan untuk anak bangsa kita nanti kerana parti ini akan membela anak bangsa dan agama kita,"katanya.

Dalam pada itu, Mohd Shafie juga turut menerangkan selepas melepaskan jawatan di dalam Umno membolehkannya kembali berjuang untuk rakyat, agama dan bangsa.

"Ketika saya digantung, saya rasa bersama dengan Unmo saya tak boleh bernafas, jadi bila saya keluar Umno baru boleh bernafas.

"Bukan setakat itu saya juga rujuk kepada seorang ulama yang ada di Masjid Nabawi ketika mengerjakan Umrah, saya jelaskn semua kepadanya yang berlaku slps itu ulama beritahu pada saya kemungkaran dan kezaliman perlu dibanteras,"katanya.

BINCANG DENGAN DAP


Nurul Izzah tolak kebimbangan kerusi mungkin dirampas
Nurul Izzah Anwar
Nurul Izzah Anwar - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

SUBANG JAYA - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar hari ini menolak kebimbangan berhubung rampasan kerusi PKR yang mungkin berlaku seandainya Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang berlangsung.

Nurul Izzah sebaliknya menegaskan pihaknya masih sedang berbincang dan berunding dengan pihak DAP tentang perkara tersebut.

"Kami masih sedang bincang perkara itu. Saya tidak boleh komen lagi buat masa sekarang," katanya ketika ditemui Sinar Online selepas sidang media di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Saifuddun Abdullah mengakui terdapat perbincangan sedang berlangsung antara Nurul Izzah dan beberapa pemimpin PKR yang lain.

Antara pemimpin terlibat yang disebut termasuk Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution.

Katanya, pihaknya akan mendedahkan hasil rundingan dalam masa terdekat sambil menolak untuk mengeluarkan kenyataan lanjut berhubung perkara tersebut.

"Memang hal-hal sebegini kita tidak akan tangguh atau menunggu lama untuk bagi kenyataan (tentang hasil rundingan).

"Mungkin dalam masa terdekat ini, Insya ALLAH keputusannya kita akan peroleh. Buat masa sekarang saya tidak boleh bagi kenyataan lagi," ulasnya.

DAP TAK MAHU AMBIL TAHU


PRN: DAP tidak mahu ambil tahu kerjasama PKR - Pas
Chow Kon Yeow
Chow Kon Yeow

GEORGETOWN - DAP tidak mahu ambil tahu mengenai isu sampingan berhubung pilihan raya mengejut negeri (PRN) Pulau Pinang, sebaliknya parti itu hanya mahu mencapai persetujuan terhadap isu pokok, kata Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Beliau berkata, tidak timbul isu bahawa rakan sekutunya PKR membayangkan akan bekerjasama dengan Pas untuk menghadapi PRN sedangkan keputusan untuk mengadakan pilihan raya mengejut itu masih belum dibuat.

"Kami tidak perlu memikirkannya sehingga isu pokok sama ada persetujuan boleh dicapai atau tidak (untuk mengadakan PRN), itu lebih penting dari isu sampingan.

"Saya tidak ada apa-apa komen tentang hal-hal lain, saya lebih berminat untuk mendapatkan keputusan pertama. Adalah penting keputusan pertama diperoleh dahulu, kemudian butiran lain boleh diusahakan," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Hari Terbuka Pelan Transformasi Pihak Berkuasa Tempatan Majlis Bandaraya Pulau Pinang, di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mohd Rashid Hasnon membayangkan kerjasama antara PKR dan Pas untuk menghadapi PRN walaupun Pas menegaskan tidak mahu meneruskan kerjasama dengan PKR di Pulau Pinang.    

Mohd Rashid berkata, PKR akan meneruskan kerjasama dengan Pas di peringkat kepimpinan parti.

Mengulas perkembangan perbincangan antara DAP dan Pas berhubung PRN, Kon Yeow yang juga exco kerajaan negeri berkata, beliau tidak mempunyai maklumat berhubung perkara itu kerana tidak terlibat dalam perbincangan di peringkat pusat.

Ditanya mengenai desas desus hubungan DAP dan PKR di Pulau Pinang sudah tidak berapa baik, Chow berkata: "Saya rasa ini memang spekulasi di luar sahaja".

Selasa lepas, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan parti itu masih belum yakin dengan cadangan DAP untuk mengadakan pilihan raya mengejut di Pulau Pinang.

Isu pilihan raya negeri timbul apabila media tempatan melaporkan bahawa DAP menyenaraikan dua pilihan berikutan tuduhan rasuah yang dihadapi Lim.

Satu daripadanya ialah mengadakan pilihan raya mengejut bagi mengetahui respons rakyat Pulau Pinang terhadap tuduhan yang dikenakan terhadap Lim, satu lagi ialah menunggu pilihan raya umum akan datang yang perlu diadakan selewat-lewatnya pada Ogos 2018.

Dun Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi, 19 daripadanya disandang DAP; PKR (10); BN (10) dan Pas satu. - Bernama

Bilik kuliah Masjid Shah Alam terbakar
Bilik kuliah Masjid Shah Alam terbakar
Bilik kuliah Masjid Shah Alam terbakar

SHAH ALAM - Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah di sini dilaporkan terbakar kira-kira setengah jam selepas jemaah selesai menunaikan Solat Jumaat di situ, petang tadi.

Jurucakap bomba berkata, insiden berlaku berpunca daripada sebuah bilik kuliah di tingkat bawah masjid terbabit.

"Hanya bilik kuliah berkeluasan 6x9 meter terbakar 100 peratus.

"Tiada kemalangan jiwa dan api berjaya dikawal pada jam 2.47 petang," katanya.

UMNO KELANTAN GILA PILIHANRAYA, TERANGKAN APA YANG TAK KENA ?


Kelantan disaran bubar Dun
Kelantan disaran bubar Dun
Ahmad Jazlan dan isteri, Datin Wan Norizan Wan Ismail memotong kek sambil diiringi Timbalan Ketua Umno Bahagian Machang, Wan Mohd Adnan Wan Aziz (dua, kiri).

MACHANG - Kerajaan Kelantan disaran membubarkan Dun lebih awal berikutan kemelut yang membelenggu kepimpinan Pas di negeri ini.

Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, kemelut dan ketidaksepakatan dalam kalangan pemimpin Pas dapat dilihat dengan jelas hingga menjejaskan kepercayaan rakyat.

Menurutnya, Kerajaan Kelantan perlu mengikut jejak langkah Pulau Pinang untuk membubarkan Dun bagi mengembalikan semula keyakinan rakyat.

“Kesepakatan Kerajaan Kelantan untuk mengurus tadbir negeri jelas berkecamuk, jadi lebih baik jika Pilihan Raya Negeri (PRN) dibuat lebih awal kerana sebuah parti bertanggungjawab harus mengembalikan keyakinan rakyat.

“Biarpun kerajaan negeri menafikannya, namun ada khabar menyatakan beberapa Adun sudah hilang kepercayaan dengan kepimpinan Kerajaan Kelantan dan akan keluar dari Pas,” katanya selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Umno Bahagian Machang dan Ahli Parlimen Machang, semalam.

Kira-kira 15,000 tetamu memeriahkan majlis rumah terbuka itu yang bermula pada jam 11 pagi hingga 5 petang.

Menariknya, semalam juga merupakan tarikh bermakna buat Ahmad Jazlan apabila genap setahun beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Mengulas lanjut, Ahmad Jazlan berkata, krisis yang berlaku di negeri ini lebih membimbangkan berbanding Pulau Pinang kerana membabitkan soal urus tadbir dan kepercayaan rakyat.

“Bagi saya, kalau Kerajaan Kelantan bersikap terbuka dalam soal ini, mereka perlu membubarkan Dun dan memberi semula mandat kepada rakyat.

“Sebelum ini rakyat telah beri kepercayaan berikutan kerjasama baik dalam kalangan pemimpin Pas, tetapi kini mereka telah berpecah, dilihat berpuak-puak dan cuba menjatuhkan antara satu sama lain,” katanya.

Menurut Ahmad Jazlan yang juga Ahli Parlimen Machang lagi, Umno Kelantan sentiasa bersedia dalam menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa sahaja.

“Kita sentiasa bersiap siaga menghadapi pilihan raya, kita tidak ada musim. Kalau pilihan raya datang awal sekalipun, kita siap sedia. Kalau lewat, kita akan teruskan persediaan dalam memantapkan keperluan untuk kepentingan parti,” katanya.

Bekas kerani Sheila Majid dipenjara empat tahun
Sheila Majid
Sheila Majid

KUALA LUMPUR - Bekas kerani syarikat produksi milik penyanyi Datuk Sheila Majid, dipenjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas didapati bersalah terhadap tuduhan pecah amanah membabitkan wang berjumlah RM90,000 lapan tahun lalu.

Hakim Zulqarnanin Hassan menjatuhkan hukuman itu terhadap Nasimah Kamarudin, 39, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah diakhir kes pembelaan.

Berdasarkan pertuduhan, Nasimah yang diamanahkan dengan buku cek milik Syarikat Magada Entertainment Sdn Bhd, didakwa dengan curangnya menunaikan lima keping cek atas namanya dan mendepositkan lapan keping cek ke dalam akaun bank miliknya.

Nasimah didakwa melakukan perbuatan itu di Jalan Balau, Damansara Heights antara 1 November 2007 dan 28 Mac 2008.

Bagi perbuatan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan sebatan serta denda jika sabit kesalahan.

Ibu tunggal kepada dua anak itu menangis teresak-esak dalam kandang tertuduh sebaik mahkamah menjatuhkan hukuman.

Mahkamah yang memerintahkan hukuman itu berkuatkuasa hari ini bagaimanapun membenarkan permohonan peguam Ahmad Shamil Azad Abdul Hamid yang mewakili tertuduh untuk penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.

Sehubungan itu wang jaminan  dinaikkam daripada RM10,000 kepada RM18,000.

PKR KENALAH SETUJU, PKR+PAN+DAP PUH KUAT TU !


PRN P.Pinang bukan soal bela Guan Eng
Anthony Loke

SHAH ALAM – DAP menafikan dakwaan yang mengatakan keputusan kerajaan negeri Pulau Pinang untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) semata-mata untuk membela Ketua Menterinya, Lim Guan Eng.

Namun Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan, Anthony Loke Siew Fook akui kes yang melibatkan Guan Eng di mahkamah baru-baru ini menjadi penjana kepada keperluan mengadakan pilihan raya tersebut.

“Objektif untuk kita menang pilihan raya negeri ini bukan soal Guan Eng kerana ia tak dapat mempengaruhi keputusan mahkamah. Mahkamah akan meneruskan pendakwaan itu, memang kita tahu apa pun keputusan PRN, pendakwaan terhadap Guan Eng tidak akan digugurkan.

“Jika Guan Eng disabit bersalah, beliau tidak boleh memimpin Pakatan Harapan di Pulau Pinang selaku ketua menteri. Jika beliau memimpin Pakatan Harapan untuk menghadapi PRN ini, ia memberi kelebihan dari segi kempen pilihan raya dan kalau kita menang, buat sementara waktu beliau akan jadi ketua menteri sehinggalah kes mahkamah diselesaikan,” katanya memetik laporan Roketkini.

Keputusan DAP untuk mengadakan PRN di Pulau Pinang masih belum direstui rakan sekutunya, PKR dan Guan Eng dilaporkan berkata akan terus memujuk PKR untuk setuju dengan cadangan itu.

Sebelumnya, Guan Eng berkata beliau bimbang pentadbiran kerajaan negeri akan terjejas jika beliau dipenjarakan atas dua pertuduhan rasuah yang sedang dihadapinya.

Ketika ditanya alasan DAP tidak menunggu PRU14 yang sudah semakin hampir, Anthony Loke berkata, tempoh pilihan raya selama ini ditentukan BN di mana memberi kelebihan kepada parti pemerintah itu.

“Selama ini, waktu dan bila pilihanraya itu diadakan ditetapkan oleh Presiden Umno selaku Perdana Menteri. Dia akan mencari suatu masa yang paling baik dan sesuai untuk BN bagi mengadakan pilihanraya.

“Pilihan raya di Semenanjung Malaysia selama ini ditentukan BN. Apabila dia rasa wujud momentum sokongan terhadap dia, dia adakan pilihan raya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau akui Pakatan Harapan mungkin berdepan risiko kehilangan banyak kerusi kepada BN dalam PRN itu.

“Tetapi apakah kita nak selalu hanya memikirkan atau mempunyai fikiran negatif? Maksudnya sebelum masuk gelanggang pun kita rasa kita sudah kalah?

“Kalau kita masuk gelanggang dan fikir kita akan kalah, pencapaian tak baik, saya nak tanya balik, bagaimana kalau kita dapat kemenangan dan pencapaian yang lebih besar? Bukankah itu akan menjana satu gelombang untuk PRU14?,” tanyanya.

Katanya, pihaknya sanggup mengambil risiko demi melawan semula pendakwaan politik yang berlaku.

TUDUHAN BERAT JIKA TAK BETUL SAMAN JE, MENGAPA BANYAK SANGAT KOMEN BODOH


Dakwa Zeti terlibat konspirasi bikin dunia gelak
Idris Ahmad

SHAH ALAM – Pas menyifatkan tindakan Pemuda Umno membuat laporan polis dengan mendakwa bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz terlibat dalam konspirasi menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan hanya menambahkan bahan ketawa rakyat negara ini dan masyarakat dunia.

Naib Presidennya, Idris Ahmad berkata, Zeti terkenal di peringkat dunia dengan kecemerlangannya dalam bekerja.

“Ini petanda sokong membawa rebah. Kalau pun hendak mengampu jangan terlajak sangat. Kalau hendak jet tayar kereta, jangan jet tinggi sangat, nanti terbalik kereta. Menamakan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz terlibat (konspirasi) menambahkan bahan ketawa masyarakat di negara ini dan dunia.


“Beliau terkenal dengan perkhidmatan cemerlang dan mempunyai integriti yang tinggi di peringkat dunia,” katanya dalam satu kenyataan.

Selasa lalu, Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun telah membuat laporan polis terhadap Zeti, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani‎ Patail.

Namun kata Idris, ada perkara positif hasil daripada tindakan Azwan itu di mana mungkin persoalan yang selama ini tidak terjawab bakal terbongkar di mahkamah.

“Apabila dibawa ke mahkamah akan terbongkar banyak perkara yang menjadi rahsia selama ini. Saya yakin ketiga-tiga mereka ini berani tampil jika itu yang diminta oleh pihak mahkamah.

“Kenapa perlu jolok sarang tebuan. Mereka pegawai kerajaan, apabila berhenti daripada berkhidmat hendak bermain dengan anak cucu sahaja. Tidak mahu berserabut dengan masalah lain. Walau pun mereka berhenti dengan penuh misteri dan menjadi tanda tanya.

“Apakah akan terbongkar banyak perkara apabila mereka menjawab tuduhan yang berat di dalam mahkamah nanti? Sama-sama kita tunggu episod seterusnya,” katanya.

SALAH BAS, JENIS NI MEMANG TAK BAIK ?

Bas terbalik: Tiga masih dirawat di HKL
bas terbalik
Keadaan bas yang terbalik yang melibatkan pemandu bas tersebut maut di tempat kejadian.

KUANTAN - Tiga pelancong warganegara China yang terlibat dalam kemalangan bas di Kilometer 17.13 semasa menuruni Genting Higlands semalam, masih menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pagi ini.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, mereka ialah Wei Quanying, 45, yang retak tulang pinggul, Zhang Aihua, 41, kerana mengalami kecederaan di kepala dan tengkuk serta Chen Jing, 38, yang disahkan patah kaki kanan.


"Bas yang terlibat membawa 25 penumpang termasuk empat kanak-kanak selain seorang pemandu pelancong. Selepas kemalangan, 15 daripada mereka dibawa ke HKL bagi rawatan dan pemeriksaan manakala bakinya dibenarkan pulang ke hotel di Petaling Jaya.


"Siasatan mendapati bas itu melantun secara tiba-tiba semasa melalui selekoh sebelum hilang kawalan menyebabkannya terbalik dan melanggar tembok pemisah jalan sehingga bas rosak teruk pada bahagian kanan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.


Beliau menambah bas milik syarikat HTC Travel itu dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dan bertolak dari Stesen Skyway di Genting Highlands pada jam 6.15 petang.


Mohamad Mansor berkata, mereka yang turut terlibat dalam kemalangan itu ialah Yang Hengchun, 68, Zhang Shentai, 65, Yang Mingfang, 58, Xu Guanqun, 55, Liu Rongming, 51,  Wang Zhongwei, 46, Wei Aiming, 41, Liang Lumin, 40, Zhang Yan, 39, Chen Jing, 38, dan Ye Juan, 31.


Turut terlibat Sun Yurong, 29, Shi Wei, 27, Zou Yingxia, 27, Zuo Jiangang, 27, Xu Yifeng, 24, Wei Jiayu, 18, Wang Ziyi, 17, Wan Xilai, 10, Liang Chinhao, 8, Sun JingJia, 6 dan Zao Haoting, 4.


Katanya, pemandu pelancong Yap Poh Chin, 37, yang beralamat di Jinjang Utara, Kuala Lumpur bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.

[ARTIKEL BERKENAAN: Pemandu maut, bas terbalik]

Kemalangan yang berlaku pada 7.15 malam semalam juga menyebabkan pemandu Tan Ching Kok, 50, yang berasal dari Kampar, Perak meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit.
Mohamad Mansor menambah kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama

SETIAP PENCEROBOH MESTI DIBAKAR TAK KIRA KAPAL KE,ORANG KE ?

Malaysia minat ikut cara Indonesia
Ahmad Shabery Cheek
Ahmad Shabery Cheek

JAKARTA - INDONESIA. Malaysia berminat untuk mengikuti ketegasan kerajaan republik Indonesia mengambil tindakan radikal menangkap dan membakar kapal-kapal nelayan asing yang menceroboh kawasan perairan negara itu.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, tindakan radikal itu telah menyumbang kepada peningkatan populasi ikan di negara berkenaan seterusnya meningkatkan hasil tangkapan ikan oleh nelayan tempatan.
  
"Kita melihat tindakan radikal Indonesia sebagai sesuatu yang memberi sumbangan deflasi dan harga ikan juga menjadi murah kerana bekalan yang banyak," katanya kepada Bernama selepas menghadiri Sidang Kemuncak Perikanan Wilayah Asia Tenggara dan Pasifik di sini semalam.
  
Katanya, bagaimanapun Malaysia tidak akan menggunakan kaedah membakar kapal yang dirampas kerana ia boleh menyebabkan pencemaran di samping menjejaskan ekosistem hidupan laut.
  
Beliau berkata tindakan yang diambil oleh Malaysia setakat ini ialah menenggelamkan kapal nelayan asing yang dirampas untuk dijadikan tukun ikan.


Ahmad Shabery berkata, pendekatan radikal oleh kerajaan Indonesia adalah hak negara itu dan Malaysia menghormati undang-undang sesebuah negara.


"Jika nelayan kita menceroboh kawasan peraiaran negara lain, kita tidak dapat membela kesalahan mereka dan disebabkan itu kita mewajibkan semua nelayan menggunakan sistem radar bagi mengetahui kedudukan mereka ketika menangkap ikan," katanya.
  
Beliau berkata sistem radar itu adalah sebagai bukti sama ada mereka menceroboh kawasan perairan negara lain atau sebaliknya kerana data radar itu dapat dikesan oleh pihak berkuasa Malaysia.


Nelayan yang tidak memasang radar itu atas alasan rosak sebenarnya tidak dapat diterima oleh pihak berkuasa kerana ia adalah satu daripada kelengkapan yang diwajibkan.
  
Menteri Kelautan dan Perikanan Indoensia, Susi Pudjiastuti menyebut nelayan asing yang menceroboh perairan negara itu sebagai "pencuri ikan" dan dalam tempoh dua tahun ini kerajaan negara itu merampas dan membakar ratusan bot nelayan asing manakala nelayan terbabit dikenakan hukuman penjara. - Bernama

Bila cina DAP buat kejutan pilihanraya BN kecut ?

Gesa adakan PRN hanya taktik Guan Eng
Lim Guan Eng
Lim Guan Eng

SHAH ALAM - Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menggesa Pilihan Raya Negeri  (PRN) diadakan segera di negeri itu merupakan satu taktik politik, kata penganalisis politik.
Penganalisis politik dari Universiti Sains Islam Malaysia, Mohd Azmir Mohd Nizah, ia bertujuan menyelamatkan Pulau Pinang daripada jatuh ke tangan musuh politiknya.

“Ini adalah salah satu jalan selamat yang digunakan DAP untuk mengekalkan penguasaan DAP ke atas negeri itu dalam masa setahun atau dua tahun ini.

“Adalah penting bagi DAP mengekalkan kuasa ke atas Pulau Pinang terutamanya sebelum menjelangnya Pilihan Raya Umum (PRU) tidak lama lagi,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Selain itu, katanya lagi, gesaan yang dibuat oleh Guan Eng mungkin bertujuan untuk mengekalkan persepsi positif masyarakat terhadapnya.

“Jika PRN berlangsung, antara yang akan dibangkitkan adalah isu ketelusan kerajaan. DAP mungkin akan membandingkan antara partinya dengan parti lain untuk meraih sokongan rakyat,” ujarnya lagi.

Mohd Azmir bagaimanapun tidak bersetuju dengan gesaan yang dibuat oleh Guan Eng selain menegaskan ia adalah satu bentuk pembaziran kepada wang rakyat.

“Saya tidak rasa (PRN) adalah keperluan memandangkan PRU sudah dekat. Saya tidak fikir ia sebenarnya satu kemestian untuk mengadakan PRN,” katanya lagi.

BODEK SAMPAI BUAT LAPORAN POLIS ?


BIAR RAKYAT NILAI JIKA BERLAKU PEMBOHONGAN ATAU PEMBODEKAN, POKOKNYA BETUL ATAU TIDAK ? JIKA BETUL APA SALAHNYA DIA BUAT LAPORAN POLIS, JIKA TIDAK ATAU IA SUATU FITNAH SAMAN LA, YANG DOK PUK,PEK TU PASAL APA ? - Pak Karamu

 
'Pemuda Umno membodek yang keterlaluan'



Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa UUM,Md Shukri Shuib
Md Shukri



SHAH ALAM -  Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib menyifatkan tindakan Pemuda Umno sebagai mencemar nama institusi itu yang dihormati dari segi peranan, integriti, dan tanggungjawabnya kepada negara.
"Tindakan ini satu paparan tidak baik oleh golongan muda, ia kelihatan seperti membodek secara keterlaluan, lagipun mereka berprofil tinggi, dikagumi dari segi kepimpinan, malah ketokohannya turut diakui masyarakat antarabangsa," katanya.

Menurutnya, campur tangan orang politik dalam situasi itu bukan memberi 'kemanisan' kepada parti, tetapi menyemarakkan lagi persepsi negatif masyarakat terhadap Umno dan BN.

"Ia merugikan imej parti, juga menyemarakkan lagi isu 1MDB. Tindakan biarlah beradab, ini yang dikatakan berani tidak bertempat," katanya.

[ARTIKEL BERKENAAN: Mahfuz kesal tindakan Pemuda Umno lapor polis]
Mangsa tembak baru dua minggu tukar kereta
18 tembakan dilepaskan bunuh lelaki di lampu isyarat
Anggota forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan siasatan ke atas mayat seorang lelaki yang mati ditembak ketika memandu di Danau Kota, Setapak hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Pengurup wang yang ditembak maut di persimpangan lampu isyarat Jalan Taman Ibu Kota/Jalan Genting Klang di sini hari ini baru dua minggu membeli kereta baharu setelah mendapati ada pihak mengekorinya, menurut seorang rakan mangsa.

Rakan yang enggan dikenali itu berkata mangsa yang menjalankan perniagaan itu sejak kira-kira 10 tahun lepas, sebelum ini menggunakan Toyota Camry.
 
"Baru dua minggu dia beli kereta baharu jenis Honda Accord. Dia tukar kereta setelah mendapati ada pihak tertentu memantau pergerakannya," katanya kepada  Bernama.

"Saya jumpa mangsa sebulan lepas di sebuah hotel di Jalan Ipoh dan dia tidak  mengadu tentang apa-apa masalah (ketika itu). Kelakuan dia seperti biasa,"  katanya.

Menurut polis, mangsa maut serta-merta dalam kejadian 3.35 petang itu yang  menyaksikan 18 das tembakan - 10 daripadanya mengenai mangsa dilepaskan dua penembak yang merupakan pembonceng dua motosikal


Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala, badan serta paha.

Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Seorang saksi kejadian berkata bunyi tembakan bertalu-talu yang didengari ketika kejadian disangkakannya bunyi mercun.

"Saya ingatkan hanya bunyi orang main mercun, tak sangka pula ia datang dari tembakan yang bertalu-talu," kata saksi yang hanya ingin dikenali sebagai  sebagai Sazwan.

Sazwan berkata, beliau dan dua rakan sedang minum petang di gerai berhampiran tempat kejadian.

Menurutnya, kejadian berlaku begitu pantas dan sejurus selepas itu orang ramai bergegas mengerumuni kereta mangsa.

"Saya terkejut apabila mendekati kereta itu, terdapat banyak kesan tembakan.

Saya nampak pemandu kereta seorang lelaki dah terkulai dengan kesan tembakan pada badannya," katanya.

Beliau berkata tiada penumpang dalam kereta berkenaan.
      
Katanya sejurus kejadian, orang awam menghubungi polis yang tiba di tempat kejadian tidak lama kemudian. - Bernama

SUARA FASIK,ZALIM MULA BERKUMANDANG

Pas nafi Akta 355 tidak berperlembagaan
Takiyuddin Hassan
Takiyuddin

SHAH ALAM – Rang Undang-undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 atau Akta  355 adalah RUU yang mengikut peraturan dan bukanlah suatu yang tidak berperlembagaan, kata Setiausaha Agung  Pas, Datuk Takiyuddin Hassan.

Takiyuddin berkata demikian ketika menyanggah kenyataan Ketua Biro Undang-Undang dan Perlembagaan , Majlis Perundingan Melayu (MPM),Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman dalam satu kenyataannya.

Menurut Takiyuddin, MPM sepatutnya membantu Pas memperjelas perkara tersebut kepada masyarakat Islam dan bukan Islam di negara ini.

“Kami agak hairan kenapa dalam suasana majoriti umat Islam secara peribadi mahupun organisasi menyokong hasrat meminda Akta 355 dengan tujuannya yang amat jelas ini, MPM mengambil pendirian yang amat ketara bercanggahan dengannya .

“Sepatutnya MPM menjadi antara ejen bagi memperjelaskan perkara ini dalam masyarakat terutamanya orang-orang Melayu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pas dalam pada itu melahirkan keterbukaan kepada mana-mana pihak untuk tampil berdialog mengenai akta tersebut.

Selain itu, Takiyuddun juga turut mencadangkan pihak berkepentingan membuat kajian terperinci terhadap akta tersebut.

“Pas juga sedia mengadakan konsultasi dengan mana-mana pihak dalam hal ini demi mencapai persefahaman positif di samping mengelakkan polemik di kalangan masyarakat yang merugikan semua pihak,” katanya lagi.

MPM dalam satu kenyataan kelmarin beranggapan RUU persendirian yang akan dibawa anggota Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah tidak sah serta tidak berperlembagaan.

Justeru, kata Abdul Aziz, RUU itu tidak menjadi keperluan dan tindakan Presiden Pas itu sebagai satu pembaziran masa dan tenaga.
Setapak gempar insiden tembak depan lampu isyarat
Setapak gempar insiden tembak depan lampu isyarat

KUALA LUMPUR – Satu insiden tembakan dilaporkan berlaku di sebuah kawasan komersial yang terletak di Setapak, di sini, hari ini.

Beberapa foto dan rakaman video yang tersebar di laman sosial menunjukkan sebuah kereta model sedan dan berwarna gelap terlibat.

Difahamkan, setakat ini, polis sudah berkawal di perimeter kejadian bagi mengelakkan orang ramai terus mengerumuni kenderaan tersebut.

Foto kiriman netizen di laman sosial hari ini turut menunjukkan cermin pintu hadapan yang menerima tujuh das tembakan, manakala lima das tembakan dilepaskan pada cermin pintu belakang.

Setakat ini belum dipastikan butiran kejadian atau sama ada terdapat sesiapa yang cedera dalam serangan itu.

POLIS MULA BERTINDAK


Konspirasi: Bukit Aman akan panggil Khairul Azwan
Khairul Azwan Harun
Khairul Azwan Harun
 
KUALA LUMPUR - Polis akan memanggil Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun berhubung laporan polis dibuatnya mengenai dakwaan wujud konspirasi pihak tertentu untuk menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Khairul Azwan akan dipanggil bagi membantu siasatan berhubung laporannya itu.

"Kita akan memanggil Khairul Azwan bila-bila masa," katanya kepada Bernama menerusi WhatsApp di sini, hari ini.

Semalam, Khairul Azwan membuat laporan polis terhadap bekas peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akthar Aziz dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed.


Dalam laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi semalam, Khairul Azwan mendakwa ketiga-tiga mereka dipercayai terbabit dalam konspirasi menggulingkan Najib dan kerajaan Malaysia.

Susulan itu, semalam Gani menyifatkan dakwaan beliau terbabit dalam konspirasi itu, hanyalah muslihat pihak tertentu untuk mencari publisiti.


Sementara itu, Abu Kassim yang menghadiri program Bual Bicara Integriti di Institut Integriti Malaysia, di sini, hari ini, enggan bertemu wakil media.

Beliau dilihat meninggalkan majlis itu kira-kira 10.30 pagi selepas sejam setengah program itu berlangsung, yang diturut dihadiri bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sementara itu di JOHOR BAHRU, Pemuda Umno Johor menegaskan bahawa mereka memandang serius dakwaan yang dibuat Khairul Azwan dan mahu pihak berkuasa segera membuat siasatan.

"Kami percaya saudara Khairul mempunyai asas yang kukuh sebelum membuat laporan polis tersebut.

"Oleh itu, kami mendesak pihak bertanggungjawab khususnya polis supaya melakukan penyiasatan segera bagi membuktikan kebenarannya," kata Ketua Pemuda Umno Johor,  Hahasrin Hashim dalam kenyataan di sini, hari ini. - Bernama
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.