Timbalan Datuk Bandar Istanbul dibunuh
ISTANBUL - TURKI . Timbalan Datuk Bandar Istanbul daerah Sisli, Cemil
Candas dilaporkan terbunuh selepas ditembak di kepala oleh seorang
penyerang semalam, lapor Reuters yang memetik laporan NTV.
Bagaimanapun pihak berkuasa Turki menafikan insiden itu ada kaitan
dengan cubaan rampasan kuasa tentera pada Jumaat yang mengakibatkan
lebih 200 terbunuh.
Identiti penyerang dan motif serangan masih belum disahkan.
Laporan NTV melaporkan penyerang telah memasuki pejabat Cemil dan bunyi tembakan kedengaran.
Cemil merupakan pemimpin pembangkang melalui Parti Rakyat Republikan (CHP) di mana parti itu memerintah kawasan Sisli.
Sebelum ini, CHP mengutuk sekeras-kerasnya cubaan rampasan kuasa tersebut.
0 orang berkata:
Post a Comment