'Saya bukan gila mahu jadi Ketua Menteri Sabah!'
SHAH ALAM - "Saya bukan gila mahu jadi Ketua Menteri Sabah!" demikian
reaksi Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Shafie Apdal ketika berucap di
hadapan penyokongnya di Kota Belud, hari ini.
Menurutnya, beliau bekerja untuk rakyat bukan mengejar jawatan. "Bagi saya, apa yang penting bukan parti ataupun jawatan tapi rakyat. Kita tolong rakyat, bantu rakyat. Apa salahnya?
"Datuk Seri Najib Razak (Perdana Menteri) pecat saya dari Kabinet, saya akur. Itu hak dia. Saya tidak dendam, tidak kecil hati.
"Jawatan ini sementara sahaja," katanya ketika berucap pada majlis sambutan hari raya di Kota Belud, Sabah yang disirkan secara langsung di Facebooknya, hari ini.
Namun beliau akui dengan adanya jawatan, ia lebih mudah untuk membantu rakyat.
"Bukan senang...macam saya, anak nelayan, orang kampung bertanding untuk Majlis Tertinggi...Naib Presiden Umno. Setengah mati mahu menang. Kerana apa saya bertanding? Kerana kita tidak perlu meminta jika kita ada kuasa itu.
"Kalau kita duduk di atas, tidak perlu minta 20 peratus tapi kita tandatangan 20 peratus. Bukan mudah saya mahu naik. Berjuang sampai jadi besi buruk," katanya lagi.
Shafie sebelum ini mengumumkan keluar parti selepas digantung dari parti.

0 orang berkata:
Post a Comment