Gadis litar berpakaian menutup aurat ?
SETIAP pasukan dalam bidang permotoran pastinya akan
menggunakan khidmat gadis litar dengan memakai pakaian seksi bagi
menarik perhatian para penonton dalam setiap anjuran kejohanan yang
diadakan.
Namun begitu, berbeza pula dengan penampilan pasukan Braaap Racing
menerusi cabaran Pirelli Malaysian Superbike Championship 2016 kali ini
di mana para pelumba pasukan berkenaan didampingi oleh model dan gadis
litar yang berpakaian Muslimah serta menutup aurat.
Menerusi kemas kini di laman Facebook Braaap Racing, kelihatan gambar
model-model Muslimah terlibat dengan lengkap berpakaian menutup aurat
sedang memegang payung dan duduk bersebelahan pelumba sebelum saingan
bermula.
Difahamkan, model-model berkenaan ditampilkan oleh ZettyJasmy yang merupakan jenama produk pakaian Muslimah tempatan.
Selain daripada itu, penampilan gadis litar oleh ZettyJasmy itu dengan
menggunakan tagline ‘Stylish Yet Syarie’ juga diharap dapat membuka mata
pelbagai pihak dalam bidang sukan permotoran negara ini khususnya
golongan wanita.
0 orang berkata:
Post a Comment