Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TERUSLAH BERIMAN DAN BERTAKWA SUPAYA DAPAT MASUK SYURGA

Kerap mimpi lihat pintu syurga
Kerap mimpi lihat pintu syurga
Solarhuddin (dua dari kanan) bersama sebahagian saudara baru dan tetamu yang hadir pada majlis mesra Aidilfitri bersama saudara muslim di Kompleks Islam Jubli Perak, di sini semalam. Gambar kecil: Danial Ikram.

KOTA BHARU - Mimpi melihat pintu syurga membawa saudara baru, Danial Ikram Soon Abdullah, 32 kepada Islam walaupun mengakui mendapat tentangan hebat daripada keluarga ketika itu.

Namun, yakin dengan mimpi yang dialami beberapa kali itu, Danial Ikram berkata, dia nekad meninggalkan agama asalnya (Buddha) dan memeluk Islam kira-kira empat tahun lalu.

“Saya tak pernah belajar tentang Islam sebelum ini, bagaimanapun kerap kali bermimpi berada di pintu syurga menyebabkan saya memeluk Islam,” katanya kepada media ketika menghadiri majlis mesra Aidilfitri bersama saudara Muslim di sini, semalam.

Menurutnya, disebabkan mengalami mimpi yang sama berulang kali, dia mula mengkaji tentang perkara itu dengan bantuan Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kuantan selain buku-buku bacaan berkaitan sebelum memilih memeluk Islam.

Danial Ikram yang bertemu jodoh dengan gadis Melayu, Nur Anirah Syafira Mohd Noor kini menetap di Kubang Kerian bersama keluarga mertuanya.

Dia kini meneruskan usaha mendalami Islam di Perkim dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) berkata, tidak mudah baginya untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan baru selepas memeluk Islam berikutan pelbagai cabaran perlu dihadapi.

“Sudah tiga bulan saya berada di Kelantan, namun sehingga kini gagal mendapatkan pekerjaan, lebih membimbangkan isteri sedang sarat mengandung dan tentunya saya memerlukan perbelanjaan mencukupi sebagai persediaan menyambut kelahiran bayi kami nanti,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi saudara baru, Nur Amalina Abdullah, 29, berkata, dia tertarik dengan Islam selepas mendengar kebaikan dan keunikan agama ini daripada rakan-rakannya.

Dia yang memeluk Islam lebih setahun lalu berasal dari Laos dan kini menetap di Kelantan (mengikut suami yang berniaga di sini) selepas bertemu jodoh dengan lelaki Melayu berasal dari Johor.

Dalam pada itu, Pengarah Program Majlis Mesra Aidilfitri, Solarhuddin Abdullah berkata, program julung kali itu bertujuan merai serta menjalin silaturahim dan merapatkan hubungan pelajar program jarak jauh (PJJ) Universiti Utara Malaysia (UUM) dan saudara baru.

1 orang berkata:

Anonymous said...

walaupun dia dah ucap kalimah tauhid tapi kalo masa pilihanraya dia pangkah umno camne?pas cakap mesti pangkah pas baru dapat syurga kan?hehehehehehehehe

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.