Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Penang dilanda banjir


Cuaca buruk: 14 penerbangan ditunda
Cuaca buruk: 14 penerbangan ditunda

GEORGETOWN - Sebanyak 14 penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) ditunda berikutan hujan lebat dan angin kuat yang melanda negeri ini petang tadi.

Pengurus Kanan Malaysia Airlines Bhd (MAB) Pulau Pinang, Mohd Arif Jaafar berkata, kesemua penerbangan itu membabitkan 10 buah penerbangan ketibaan (arrival) dan empat penerbangan pelepasan (departure).

Menurutnya, selain penundaan penerbangan, LTAPP turut dilanda banjir kilat melibatkan beberapa bahagian di lapangan terbang itu.

"Hujan lebat sejak jam 3 hingga 5 petang itu menyebabkan paras air naik dan menyebabkan beberapa bahagian di LTAPP dinaiki air. Antara kawasan terlibat adalah balai ketibaan, jalan raya tempat menunggu penumpang dan ruang menunggu.

"Susulan daripada itu, berlaku kesesakkan teruk dari terminal lapangan terbang hingga ke bulatan di Jalan Bayan Lepas. Walaubagaimanapun, keadaan masih terkawal," katanya ketika hari ini.

Terdahulu, MAB Pulau Pinang mengumumkan projek penguraian limpahan air siap sepenuhnya pada hujung tahun lalu.

Projek yang menelan belanja sehingga RM1.5 juta itu dijangka akan mengakhiri masalah limpahan air setiap kali hujan lebat di LTAPP.

Sepanjang tiga tahun lalu iaitu bermula September 2013 hingga November tahun lalu, sebanyak 12 kejadian limpahan air dilaporkan berlaku di lapangan terbang berkenaan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.