Kisah kejayaan Erdogan suburkan Islam di Turki
BUMI Turki, sebagaimana yang diketahui umum sudah
sekian lama ditakluki oleh pegangan sekular sejak pengaruh Islam dan
al-Quran dihapus secara sistematik dan perlahan-lahan oleh pengasas
Turki moden, Mustafa Kemal Ataturk ekoran kejatuhan pemerintahan
Khalifah Uthmaniah.
Sejak pengenalan negara Turki moden beracuan barat diperkenalkan oleh
Kemal Ataturk pelbagai pengenalan undang-undang baru berbentuk sekular
di perkenalkan antaranya pemakaian tudung diharamkan, azan diubah
daripada bahasa Arab kepada bahasa Turki, sekolah-sekolah agama ditutup
dan pelbagai lagi.
Namun memetik laporan ilmFeed, Turki yang menjadi negara sekular untuk
beberapa dekad kembali berubah selepas Parti Keadilan dan Pembangunan
(AKP) di bawah pimpinan Recep Tayyip Erdogan, mengambil alih tampuk
pemerintahan Turki.
Selepas dilantik menjadi Presiden, Erdogan mula mengembalikan kejayaan
Islam di Turki sepertimana ketika zaman kegemilangan pemerintahan
Khalifah Uthmaniah sebelum ini.
Menurut (The Atlantic), penguasaan Erdogan telah berjaya membumikan
Islam di Turki, antaranya ketika zaman beliau sekitar 17 ribu masjid
baharu telah dibangunkan di antara tahun 2002 sehingga tahun 2013,
sementara beberapa masjid peninggalan zaman Uthamaniah diperbaiki.
Dalam pada itu, pemerintahan Erdogan juga telah menarik balik
pengharaman pemakaian tudung terhadap pekerja sektor awam, serta
menghapuskan larangan pemakaian tudung di sekolah-sekolah.
Pada bulan November 2015, seorang hakim perempuan menggunakan hijab untuk pertama kalinya sepanjang sejarah (Al-Arabiya).
Dalam pada itu, pemerintahan Erdogan juga telah menubuhkan
sekolah-sekolah agama bagi memberi pendidikan agama dan melatih
calon-calon imam-imam di Turki.
Maka, tidak peliklah ketika rampasan kuasa yang dilakukan oleh
segelintir tentera terhadap kerajaan Erdogan baru-baru ini dipatahkan
oleh rakyatnya sendiri.
Mungkin, semaian Islam yang dilakukan oleh Erdogan kepada rakyatnya,
berjaya membuktikan bahawa panduan Islamlah yang menyelamatkan mereka!
0 orang berkata:
Post a Comment