Turki isytihar darurat tiga bulan
Parlimen Turki
ANKARA - TURKI. Parlimen Turki telah meluluskan usul untuk
mengisytiharkan darurat di negara itu bagi tempoh tiga bulan, lapor
Anadolu.
Usul yang berkuatkuasa semalam itu diluluskan dengan 346 undian sokongan dan 115 menentang.
Perdana Menterinya, Binali Yildirim berkata, dalam tempoh itu pihaknya
akan menghapuskan gerakan Fethullah Gulen yang didakwa menjadi dalang
cubaan rampasan kuasa itu.
Turki setakat ini telah mendakwa hampir 100 pegawai tentera berpangkat
tinggi manakala Lebih 50,000 askar, polis, hakim, penjawat awam serta
guru digantung kerja ataupun ditahan.
Ahli akademik juga dilarang ke luar negara dan lebih 600 institusi pendidikan pula ditutup.
Sekurang-kurangnya 246 terbunuh termasuk orang awam, pihak keselamatan manakala 1,530 lagi cedera dalam serangan itu.
0 orang berkata:
Post a Comment