Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

CINA DAH MULA TUNJUK TARING


Laut China Selatan: Filipina tolak ajakan China
Perfecto
Perfecto

MANILA - FILIPINA. Filipina menolak cadangan China untuk memulakan rundingan dua hala berhubung keputusan tuntutan China ke atas Laut China Selatan apabila Beijing mengenakan syarat agar perbincangan itu tidak menyentuh keputusan Mahkamah Timbang Tara, lapor ABS-CBN.

Menteri Luarnya, Perfecto Yasay berkata, beliau telah dijelaskan mengenai syarat itu setelah mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya dari China, Wang Yi selepas sidang puncak pemimpin Asia dan Eropah hujung minggu lalu.

“Mereka kata jika kita berkeras mahu keputusan itu, berbincang sejajar dengannya, maka kita mungkin menuju konfrontasi.

"Tetapi saya fikir ini sesuatu yang mereka perlu buat secara terang-terangan tetapi saya juga berasa ada ruang untuk kami berbincang menggunakan saluran pintu belakang,” katanya.

Menurutnya, China mencadangkan perbincangan dua hala antara China dengan Manila namun hanya mengenai isu-isu ‘di luar atau dengan mengetepikan keputusan mahkamah tersebut.

China yang menuntut hampir seluruh Laut China Selatan menolak keputusan Mahkamah Tetap Timbang Tara dan menganggap kes pemula yang dibawa oleh Filipina sebagai tidak sah dan tidak munasabah.

Beijing sebelum ini telah berkata berulang kali menegaskan tidak akan mengubah pendekatan atau tuntutan kedaulatannya di Laut China Selatan

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.