Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS BANTAH


Pas Selangor hadir ke SUK bantah konsert Selena Gomez
Pas Selangor hadir ke SUK bantah konsert Selena Gomez
Ahli Dewan Ulamak Pas Selangor, Dewan Pemuda Pas Selangor dan Dewan Muslimat Pas Selangor hadir ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) bagi menyerahkan memorandum bantahan berhubung penganjuran konsert Selena Gomez pada 25 Julai ini.

SHAH ALAM – Seramai kira-kira 80 orang ahli Dewan Ulamak Pas Selangor, Dewan Pemuda Pas Selangor dan Dewan Muslimat Pas Selangor hadir ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) bagi menyerahkan memorandum bantahan berhubung penganjuran konsert Selena Gomez pada 25 Julai ini.

Timbalan Ketua Pemuda Pas Selangor, Ustaz Hanafi Zulkapli berkata, Selena Gomez merupakan artis kelahiran Amerika Syarikat (AS) yang membawa budaya barat dan hedonisme (hiburan melampau) malah ia amat berlawanan dengan budaya di negara ini.

“Kami percaya bukan sahaja Islam bahkan semua budaya, bangsa dan agama tidak menerima perbuatan tidak berakhlak ini sekali gus mencemar kemuliaan dan tatasusila agama, akhlak serta moral,” katanya selepas menyerahkan memorandum bantahan berkenaan kepada wakil Menteri Besar Selangor hari ini.


Isnin lalu, Pemuda Pas menzahirkan bantahan ke atas penganjuran konsert  ‘Selena Gomez-The Revival Tour’ yang akan diadakan di Stadium Melawati Shah Alam pada 25 Julai depan.

Dalam pada itu, Hanafi memaklumkan bahawa konsert melibatkan artis luar negara banyak mengundang perkara negatif sama ada sewaktu penganjuran mahu pun selepas selesai persembahan.

“Persoalannya, adakah artis seperti ini dijadikan contoh kepada remaja dan adakah penganjurannya mendapat kebenaran disebabkan mendapat sambutan orang ramai?”soalnya.

Menurut Hanafi, Garis Panduan Hiburan Dalam Islam (Edisi kedua) yang diwartakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada tahun lalu sepatutnya menjadi rujukan dan panduan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) serta penganjur demi kesejahteraan dan pembangunan insan di negeri ini.

Selain itu, Hanafi menegaskan bahawa Pas Selangor tidak menghalang hiburan memandangkan ia adalah satu keperluan manusia pada masa kini.

“Namun, apa yang dipertikaikan adalah bentuk hiburan melampau dan merosakkan minda, melalaikan dan membawa anasir-anasir negatif seperti dadah,arak serta pergaulan bebas,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.