'Pas tidak akan sesekali jual prinsip, dasar'
SHAH ALAM - Pas tidak mungkin menukar dasar dan matlamat perjuangannya
demi mendapat reda golongan yang menolak hasrat Islam yang bawa oleh
parti itu.
Pesuruhjaya Pas Pahang, Rosli Abdul Jabar berkata demikian sambil
menegaskan parti itu akan sentiasa kekal dengan dasar perjuangan yang
digariskan sejak awal penubuhannya.
"Pas tidak mungkin mengkhianati ahlinya, adalah satu pengkhianatan jika
Pas keluar dari dasarnya, setelah ahli dan penyokongnya bermatian
berjuang dan melalui liku-liku yang perit dan panjang demi pertahankan
Pas dari segala bentuk serangan yang bertujuan untuk gelincirkan Pas
dari dasar Islamnya.
"Parti ini tidak mungkin menukar dasar juga demi dunia yang belum pasti
milik kita, reda ALLAH hanya bersama Islam. Kerana itulah Pas akan
tetap bersama Islam," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Jelasnya lagi, parti tersebut tidak akan menggadai perjuangan ahli dan
penyokong yang sanggup berkorban demi parti itu selama ini.
"Pemimpin dan ahli sama-sama berkorban, sejak dulu ahli Pas berkongsi
harta dan tenaga untuk perjuangan, yang kaya dan miskin semua sama. Pas
bergerak dari dulu dengan sumbangan tenaga ahli dan penyokongnya,
deligasi perjuangnya yang sentiasa berkorban sambung menyambung sejak
dahulu sehingga kini.
"Pengorbanan ahli dan penyokong Pas tidak terhitung, Pas semakin kuat
melalui pangkinan pengorbanan ahli dan penyokongnya, mereka berkorban
semata-mata demi Islam bukan kerana yang lain, jika bukan Islam yang
menjadi dasar perjuangan parti, rasanya Pas mungkin telah hilang dari
peta politik Malaysia, mati dengan tubian serangan yang tidak
putus-putus sejak dulu," katanya lagi.
Senario politik negara pada hari ini menyaksikan Pas tidak lagi punya
sekutu politik yang kuat selain daripada kerjasamanya dalam blok ketiga
bersama Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).
0 orang berkata:
Post a Comment