Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MENGAPA PEGUAM NEGARA ALIH PANDANGAN ? GUAN ENG JAWAB APANDI !


‘Cubaan alih perhatian’
Lim Guan Eng
Lim Guan Eng

GEORGETOWN - Ketua Menteri, Lim Guan Eng meminta Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali tidak mengalih perhatian daripada skandal 1MDB dengan membangkitkan semula isu pertuduhan rasuahnya.

Guan Eng berkata, tindakan Apandi yang memberi amaran kepadanya dilihat sengaja diadakan bagi mengalih perhatian ke atas skandal rasuah 1MDB yang dibongkar kerajaan Amerika Syarikat Rabu lalu.


Menurutnya, skandal rasuah melibatkan berbilion ringgit wang rakyat itu perlu diberi lebih perhatian berbanding kes rasuah yang didakwa ke atasnya.


“Komen luar biasa (oleh Mohamed Apandi) sudah dijawab peguam saya. Saya tunggu dia respons terhadap peguam saya. Saya tidak mahu perhatian dialihkan daripada skandal 1MDB ,” katanya kepada media di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat negeri Pulau Pinang, semalam.


Turut hadir, Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri, Toh Puan Majimor Shariff.


Kelmarin, Mohamed Apandi memberi amaran terakhir kepada Guan Eng supaya berhenti mengulas mengenai tuduhan jenayah salah guna kuasa dan rasuah.


Amaran itu dikeluarkan selepas Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP mengeluarkan kenyataan terbaharu yang dilihat menyerang integriti Mohamad Apandi sebagai Pendakwa Raya.


Bagaimanapun semalam, peguam yang mewakili Guan Eng, Gobind Sing Deo dalam kenyataannya mempertikaikan tindakan Mohamed Apandi yang memberi amaran kepada anak guamnya itu.


Gobind yang juga Ahli Parlimen Puchong berkata, beliau akan berjumpa Mohamed Apandi berhubung perkara ini jika Guan Eng terus dikecam.


Dalam perkembangan lain, Guan Eng enggan mengulas lanjut apabila ditanya berhubung kerjasama Pas dan PKR dalam Pilihan Raya Negeri yang berkemungkinan akan diadakan kelak.


“Dalam Pakatan Harapan di Pulau Pinang, hanya ada DAP, PKR dan Amanah sahaja. Itu saja yang boleh saya katakan,” katanya.


Sementara itu, pada majlis sama, Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata, perkara itu akan dibawa ke mesyuarat mingguan biro politik PKR di ibu negara pada Selasa ini.


“Tidak ada apa-apa perubahan, kita kekal dengan status quo. Berhubung soal kerjasama dengan Pas, ia akan dibincangkan dan diputuskan di peringkat biro politik di Kuala Lumpur, Selasa ini.


“Soal pembahagian kerusi, saya akan sebut sikit dalam mesyuarat nanti. Dalam pilihan raya, memang kita nak menang. Oleh itu, ada beberapa syarat yang kita mahukan supaya semua yang namanya pembangkang ada formulanya sendiri,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.