Nurul Izzah tolak kebimbangan kerusi mungkin dirampas
SUBANG JAYA - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar hari ini menolak
kebimbangan berhubung rampasan kerusi PKR yang mungkin berlaku
seandainya Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang berlangsung.
Nurul Izzah sebaliknya menegaskan pihaknya masih sedang berbincang dan berunding dengan pihak DAP tentang perkara tersebut.
"Kami masih sedang bincang perkara itu. Saya tidak boleh komen lagi
buat masa sekarang," katanya ketika ditemui Sinar Online selepas sidang
media di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Saifuddun
Abdullah mengakui terdapat perbincangan sedang berlangsung antara Nurul
Izzah dan beberapa pemimpin PKR yang lain.
Antara pemimpin terlibat yang disebut termasuk Timbalan Presiden PKR,
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin
Nasution.
Katanya, pihaknya akan mendedahkan hasil rundingan dalam masa terdekat
sambil menolak untuk mengeluarkan kenyataan lanjut berhubung perkara
tersebut.
"Memang hal-hal sebegini kita tidak akan tangguh atau menunggu lama untuk bagi kenyataan (tentang hasil rundingan).
"Mungkin dalam masa terdekat ini, Insya ALLAH keputusannya kita akan
peroleh. Buat masa sekarang saya tidak boleh bagi kenyataan lagi,"
ulasnya.
0 orang berkata:
Post a Comment