Tun M cadang tribunal hakim bebas adili 1MDB
KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
mencadangkan penubuhan tribunal bebas bagi mendengar kes berkaitan
1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Menulis dalam blognya semalam, beliau mahu tribunal itu melibatkan
hakim bebas daripada luar negara, bukan diadili oleh peguam negara.
“Peguam negara boleh mempertahankan kerajaan atau pegawainya tetapi dia
tidak boleh menjadi hakim. Biar tribunal yang melakukan penghakiman,”
katanya.
Mahathir berkata, sudah tiba masanya membenarkan mahkamah untuk
mendengar pertuduhan terhadap mereka yang gagal mengurus 1MDB dengan
baik.
“Menyalahkan ketua pegawai eksekutif 1MDB sahaja tidak mencukupi.
Selain daripadanya, perlu disiasat seperti mana dijanjikan ketua polis
negara. Ketua polis negara juga perlu menjelaskan ketiadaan tindakan
ini,” katanya.
Dalam pada itu, beliau juga mengkritik penggunaan Akta Rahsia Rasmi
(OSA) bagi melindungi laporan Ketua Audit Negara berkaitan 1MDB yang
berstatus sulit seperti disiarkan Sarawak Report.
“OSA tidak boleh digunakan bagi melindungi bukti perbuatan jenayah. Ia
adalah untuk melindungi hal-hal pentadbiran yang sah, seperti draf untuk
perjanjian baru atau kontrak atau kertas Kabinet.
“Menyembunyikan perbuatan jenayah di belakang OSA adalah salah dan menyalahi undang-undang,” ujar beliau.
1 orang berkata:
Công ty in ấn chuyên nghiệp tại hà nội, với nhiều năm kinh nghiệm cùng xưởng in hiện đại & nhân viên giỏi. In Nguyễn Gia là địa chỉ in ấn uy tín được nhiều khách hàng tín nhiệm tại Hà Nội & trên toàn quốc.
Xem chi tiết dịch vụ của chúng tôi tại :
in ky yeu
kỷ yếu
in phong bì giá rẻ
báo giá in thẻ nhựa
công ty in lịch
dịch vụ thiết kế shop thời trang
báo giá in kẹp file
in name card visit
báo giá in lì xì
Chúng tôi luôn đặt chất lượng công việc, tiến độ để hoàn thành với mọi yêu cầu khách hàng.
Post a Comment