Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

LAGI LAPORAN POLIS TERHADAP NGA


Kes Kor Ming: NGO pro BN lapor polis
Nga Kor Ming
Nga Kor Ming

KOTA KINABALU - Pakatan NGO Pro Barisan Nasional (NGO Pro BN) dan Gerakan Akar Umbi Umno Malaysia (Gaum) hari ini membuat laporan polis berhubung penafian AhliParlimen Taiping, Nga Kor Ming kononnya status yang dimuat naik di Facebook yang menghina perayaan Aidilfitri bukan miliknya.

Pengerusi NGO Pro BN dan Gaum, Zulkarnain Mahdar dalam kenyataannya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Bandaraya Kota Kinabalu di sini hari ini berkata, pihaknya meminta pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk menyiasat kenyataan penafian Nga itu.

"Gaum menyifatkan Nga telah berbohong kerana sepatutnya Nga membuat laporan polis lebih awal untuk menyokong kenyataan yang dibuatnya kononnya tulisan penghinaan ini bukanlah datang daripada Nga sendiri," katanya.


Menurut beliau adalah suatu yang mustahil untuk pihak lain akses akaun Facebook milik Nga memandangkan pemimpin politik itu sudah tentu amat berhati-hati atau Nga sendiri yang boleh mengakses Facebook miliknya itu.

"Gaum juga merasakan Nga sepatutnya meletakkan jawatan segera sebagai Anggota Parlimen Taiping dan Pengerusi DAP Perak memandangkan pemimpin politik seperti Nga sepatutnya lebih berintegriti," katanya.

Menurut Zulkarnain, Nga mungkin cuba merendahkan kebijaksanaan rakyat dengan harapan rakyat mempercayai kenyataan penafiannya itu, namun rakyat kini terlalu bijak untuk menilai mana pembohongan dan mana fakta. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.