Pas tuntut tubuh Suruhanjaya Diraja siasat 1MDB
SHAH ALAM - Pas menuntut penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat
dakwaan penyelewengan melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB)
oleh Jabatan Peguam Negara Amerika Syarikat, semalam.
Naib Presidennya, Idris Ahmad berkata, ini bagi memastikan jika benar
ada penyelewengan dan salah guna kuasa, pihak yang bertanggungjawab dan
terlibat perlu dihadapkan ke muka pengadilan menerusi hasil siasatan
komprehensif suruhanjaya itu.
"Jika ia melibatkan pengurusan pelaburan dan kewangan yang silap dan
jangkaan pelaburan yang salah, maka penambahbaikan dan
kebertanggungjawaban pihak yang berkenaan perlu diberikan perhatian.
Selaras dengan prinsip Islam dan terma universal iaitu 'innocent until
proven guilty' (tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah).
"Suruhanjaya Diraja hendaklah dianggotai oleh pakar yang berautoriti
dan berkecuali termasuk 'ulamak yang pakar dalam bidang perundangan,
ekonomi dan kewangan," katanya dalam satu kenyataan medianya, hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan Malaysia akan beri kerjasama isu 1MDB]
Idris berkata, Pas juga menolak campur tangan asing dalam urusan negara ini.
"Kita berharap Suruhanjaya ini akan dapat menyelesaikan kes ini yang
sudah bertahun-tahun menjadi polemik, Pas bersama dengan seluruh Rakyat
Malaysia yang prihatin berharap ada penyelesaian tuntas kepada perkara
ini," katanya.
1 orang berkata:
Công ty in ấn chuyên nghiệp tại hà nội, với nhiều năm kinh nghiệm cùng xưởng in hiện đại & nhân viên giỏi. In Nguyễn Gia là địa chỉ in ấn uy tín được nhiều khách hàng tín nhiệm tại Hà Nội & trên toàn quốc.
Xem chi tiết dịch vụ của chúng tôi tại :
in ky yeu
kỷ yếu
in phong bì giá rẻ
báo giá in thẻ nhựa
công ty in lịch
dịch vụ thiết kế shop thời trang
báo giá in kẹp file
in name card visit
báo giá in lì xì
Chúng tôi luôn đặt chất lượng công việc, tiến độ để hoàn thành với mọi yêu cầu khách hàng.
Post a Comment