Pelajar Malaysia kongsi pengalaman di Turki
SEPANG - Setelah melalui detik mengerikan semasa berlaku cubaan
merampas kuasa di Turki baru-baru ini, seorang pelajar Malaysia berkata
kini dia berasa seperti mendapat peluang untuk hidup bagi kali kedua.
Najwa Syahirah Safian, 21, yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa
KL (KLIA) di sini hari ini, berkata, dia bersyukur kerana tidak
mengalami sebarang kecederaan, tetapi pengalaman ngeri yang dihadapinya
akan kekal di ingatan untuk selama-lamanya.
Ketika berkongsi pengalaman yang ditempuhinya, pelajar tahun tiga
jurusan farmasi Cyberjaya University College of Medical Science itu
berkata, dia berada di Besiktas, Istanbul, Jumaat lepas ketika
sebahagian anggota tentera melancarkan cubaan merampas kuasa.
"Saya sedang tidur seorang diri di bilik asrama apabila tiba-tiba saya
terjaga kerana mendengar bunyi tembakan senjata api bertalu-talu. Saya
melihat ke luar tingkap dan terkejut apabila mendapati beberapa
helikopter berlegar-legar di udara. Saya berpendapat tentu ada perkara
luar biasa sedang berlaku.
"Saya mula menjerit meminta tolong. Beberapa rakan saya berbangsa Turki
menenangkan saya dan kemudian kami segera berlari ke bahagian bawah
bangunan asrama...Kami bersembunyi di situ selama hampir tujuh jam dalam
keadaan takut dan bimbangkan tentang nyawa kami.
"Terlintas di fikiran, mungkin ajal saya akan tiba. Saya terus menerus
berdoa dan membaca ayat-ayat suci al-Quran sambil berharap segalanya
akan kembali seperti biasa," katanya.
Najwa berkata, dia tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku sehinggalah
seorang kawannya memberitahu bahawa berlaku cubaan merampas kuasa
daripada kerajaan.
Kata pelajar itu, dia tidak dapat menghubungi bapanya untuk memberitahu
keadaan yang dihadapi dan di mana dia berada kerana semua kemudahan
telekomunikasi terputus.
Pada hari berikutnya, (pagi Sabtu), iaitu apabila keadaan semakin
tenang, pihak asrama menasihatinya pergi ke Pazateke, tempat yang banyak
didiami pelajar Malaysia.
Setelah menempuh perjalanan dengan tram selama 40 minit, Najwa dan
sekumpulan rakannya yang berbangsa Turki, tiba di Pazateke dan dia
segera menghubungi bapanya, manakala petugas Wisma Putra kemudian segera
mengatur perjalanan pulangnya ke tanah air.
Najwa ke Istanbul pada 10 Julai sebagai peserta Program Pertukaran
Pelajar Persatuan Farmasi Malaysia yang dijadualkan berlangsung dari 11
hingga 24 Julai.
Program itu tidak dapat diteruskan berikutan keadaan keselamatan yang masih tidak menentu.
Bapa Najwa, Safian Abd Rassid, 56, pensyarah di sebuah maktab perguruan
di Seremban, kelihatan ceria dan lega ketika menyambut ketibaan anaknya
di KLIA.
Menurut laporan media, kerajaan Turki mengumumkan pada Sabu bahawa ia
berjaya mematahkan cubaan tentera untuk merampas kuasa bagi
menggulingkan Presiden Recep Tayyip Erdogan.
Wisma Putra berkata 260 rakyat Malaysia, termasuk 180 pelajar, yang berada 0di Turki, adalah selamat. - Bernama
1 orang berkata:
Nguyen Gia Printing Joint Stock Company wishes to become the most professional company in printing and advertising design services. We will strive for sustainable growth in the field of printing. Always consider customers as the king, the most important object of service to show that we are the place where you are completely assured to entrust the work.
in kỷ yếu lớp
thiết kế shop quần áo giá rẻ
in kỷ yếu 2020
in phong bì nhanh
công ty in lịch
in thẻ nhựa 3 lớp
báo giá in kẹp file
in name card visit
báo giá in lì xì
We always put the quality of work, progress to complete with every customer request.
Post a Comment