Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PRN P.PINANG DIJANGKA MENJADI KENYATAAN


Pemuda Umno tumpu 15 kerusi Dun di P.Pinang
Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR - Pemuda Umno memberikan tumpuan kepada 15 kerusi Dun yang mempunyai majoriti kawasan Melayu sekiranya Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang diadakan secara mengejut dalam waktu terdekat ini.

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata, beliau telah mengarahkan Pemuda Umno dan Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang untuk menggerakkan jentera pilihan raya parti mulai sekarang dan mengadakan mesyuarat sebagai persiapan menghadapi pilihan raya itu.

"Ada kemungkinan besar Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dibubarkan disebabkan oleh masalah peribadi yang dihadapi oleh Ketua Menteri Pulau Pinang (Lim Guan Eng).

"Dengan itu, saya mengarahkan pemuda Umno dan BN Pulau Pinang untuk bersiap sedia menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pergerakan Pemuda Umno di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya mengambil maklum tahap sokongan golongan muda yang menunjukkan peningkatan purata lima peratus berdasarkan keputusan pilihan raya kecil di Sungai Besar,Selangor dan Kuala Kangsar,Perak baru-baru ini.

Jumlah itu meningkat kepada 50 peratus berbanding 45 peratus pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), yang juga memberikan harapan kepada BN untuk memenangi PRU 14, jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Khairy yang juga Pengerusi Ketua BN berkata Pemuda Umno menzahirkan sokongan terhadap pendirian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan mahu individu yang dinamakan dalam laporan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat bertindak membersihkan nama masing-masing bagi memastikan tiada penyalahgunaan wang rakyat berlaku seperti dilaporkan.

"Kami setuju dengan pendirian PM (Najib) hari ini bahawa mereka yang telah dikenal pasti dalam laporan itu mestilah bertanggungjawab untuk membela diri mereka dalam kes sivil tersebut agar tidak lagi ada spekulasi selepas berlakunya perbicaraan di mahkamah," katanya.

Berikutan itu, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata pihaknya mengharapkan semua pihak tidak membuat andaian dan mempolitikkan perkara itu sebelum ianya dibuktikan di mahkamah.

"Kita tidak mahu mana-mana pihak menganggap bahawa apa yang telah dituduh itu telah pun dibuktikan kesalahannya kerana itu hanyalah hasil siasatan yang masih lagi perlu dibuktikan di mahkamah," katanya.

DOJ telah memfailkan saman sivil bagi mendapatkan kembali aset yang diperolehi melalui dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang didakwa diselewengkan.

Menurutnya amat penting bagi pihak agensi penguatkuasaan tempatan untuk membuat siasatan sekiranya ada sebarang penyelewengan berunsurkan  jenayah berlaku di negara ini. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.