Mahfuz: Kenyataan KPN dalam isu MO1 pelik
SHAH ALAM – Tindakan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar
yang menyifatkan dakwaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul
Rahman Dahlan dalam isu Malaysian Official 1 (MO1) sebagai kenyataan
politik adalah sesuatu yang sangat menghairankan.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, Polis DiRaja
Malaysia (PDRM) sebaliknya perlu mengambil langkah menyiasat tentang
dakwaan tersebut memandangkan nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak kini dikaitkan dengan MO1.
“Sesuatu yang sangat menghairankan 1Malaysia bila menyatakan polis
tidak mahu campur tangan berhubung dengan dakwaan Abdul Rahman Menteri
yang Najib adalah MO1 dalam saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika
Syarikat berkaitan 1MDB.
“Lebih pelik apabila Khalid menganggap dakwaan tersebut sebagai kenyataan politik,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada 1 September lalu, Abdul Rahman menjelaskan semula kenyataannya kepada BBC News, berhubung isu MO1.
[ARTIKEL BERKAITAN: Rahman Dahlan perjelas kenyataannya dalam BBC]
Katanya, walaupun istilah MO1 yang digunakan oleh DOJ merujuk kepada Perdana Menteri namun itu tidak bermakna Najib bersalah.
Menurutnya, ramai lagi yang dirujuk oleh DOJ, bagaimanapun, tiada
seorang pun termasuk MO1 dinamakan sebagai subjek penyiasatan.
Sementara itu, kelmarin Khalid mengeluarkan kenyataan berkata, pihaknya
tidak campur tangan berhubung dakwaan seorang menteri kononnya Najib
merupakan individu yang dinamakan sebagai Malaysian Official 1 dalam
saman sivil yang dikemukakan DOJ Amerika Syarikat (AS) berkaitan
penyelewengan dana 1MDB.
[ARTIKEL BERKAITAN: PDRM tidak campur tangan isu Malaysian Official 1]
Khalid berkata, apa juga tindakan mahkamah yang dibuat di AS adalah
tindakan sivil dan pihaknya tidak akan campur tangan dalam kenyataan
politik tersebut.
2 orang berkata:
mbt shoes women
calvin klein jeans
cheap oakley sunglasses
nike trainers uk
chaussures ugg
the north face outlet
nike air max 2016
michael kors handbags
coach outlet online
fitflops shoes
20171.11chenjinyan
gucci shoes
armani exchange
nike roshe
ugg outlet
hugo boss sale
polo ralph lauren
nike huarache
ed hardy uk
coach outlet online
michael kors outlet
Post a Comment