'Tidak haram makanan hanya kerana nama'
KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil
Khir Baharom menegaskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), tidak
akan mengharamkan makanan yang sudah popular hanya kerana nama.
"Kita menilai dari sudut kandungan bahan-bahan pemakanan tersebut,
bukan menilai dari sudut nama," katanya pada sidang media selepas hadir
dalam persidangan Dewan Rakyat, di bangunan Parlimen, hari ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Jerai berkata, tidak timbul langsung
dengan dakwaan mahu mengharamkan mahupun menidakkan jualan dan makanan
tersebut.
"Jakim tidak akan masuk restoran dan tarik sijil, arahkan tutup kedai dan sebagainya, tak timbul," tegasnya.
Jamil Khir berkata demikian bagi mengulas isu sijil halal rangkaian
kedai roti Untie's Anne ke atas makanan pretzel yang yang menjadi viral
di internet.
[ARTIKEL BERKAITAN: Permohonan sijil halal Auntie Anne's dibincang]
"Nama ni macam-macam cekodok, tahi itik, macam-macam, tetapi benda itu
sudah popular dengan nama tersebut jadi, tak timbul langsung untuk nak
haramkan, termasuk juga hotdog," katanya.
Bagaimanapun, katanya nama juga memberikan nilai kepada budaya dan masyarakat.
"Jadi ada perkara yang mungkin kita boleh tambah baik di kemudian waktu," katanya.
3 orang berkata:
Pak karamu...
Kalu hot dog kita tukar jadi hot pork, pak karamu setuju tak???
Kalu nama pak karsmu tukar jadi pak taik, setuju tak? Kan nama aje. Orng masih sama...
Saja tanya.
Tak kan tanya pun marah...
Heeee
Nama yg baik utk brgn halal dpt meningkatkan pasaran. Org makan tak rasa was-was.
Kalu nama ada dog, kita nak makan pun was2. Klu was2 hukum dah jadi haram.
Cuba jual benda halal spt daging lembu dlm tin dgn nama beef fresh dog, agak2 nak ker walaunta beli dan makan???
Klu sup gear box kita tukar jadi sup gear pork, bankrup kedai makan kita.....walaupun yg kita jual tu sup tulang kaki lembu.
Klu tak percaya cuba pak karamu try....
Post a Comment