Pas jangan mudah percaya dengan cerita dongeng
SHAH ALAM - Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu),
Datuk Seri Mukhriz Mahathir meminta Pas supaya tidak mudah melatah
dengan cakap-cakap melibatkan partinya dan DAP yang tersebar meluas
sejak kebelakangan ini.
Menurutnya, ia hanya cerita dongeng yang sengaja direka dan disebar oleh pihak tertentu.
Mukhriz berkata demikian ketika menyanggah dakwaan berlakunya
perbincangan pengagihan jawatan bagi kerajaan baharu antara DAP dan
Bersatu.
"Dakwaan itu tidak benar. Perkara itu tidak berlaku. Dakwaan itu dibuat
tanpa bukti yang kukuh. Dakwaan dibuat hanya untuk mengeruhkan hubungan
antara Bersatu dengan Pas.
"Saya harap pihak di sebelah sana (Pas) tidak termakan dengan dakyah
yang dilontarkan oleh pihak tertentu ini," katanya kepada Sinar Online,
hari ini.
Beliau dalam masa yang sama turut berharap mana-mana pihak dalam Pas
yang tidak terlibat dalam rundingan antara partinya dan Pas supaya tidak
mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan kerjasama kedua parti
itu.
"Setakat ini hubungan kami masih baik. Rundingan antara Pas dengan Bersatu masih berjalan dengan lancar.
"Tidak perlu bagi pihak yang tidak terlibat dalam rundingan (di pihak Pas) untuk mengeruhkan lagi keadaan," katanya lagi.
4 orang berkata:
Hahaha
Pak karamu dah sebarkan fitnah semalam. Sekarang paksa org yg kena fitnah buat kenyataan rasmi pulak. Bila pak karamu dan lebai2 pas janggut kontot nak mintak maaf pd mahatir dan lim guan eng? Heeee nak masuk neraka la turr
Tu la. Lain kali sebar fitnah lagi.
Pak karamu, nampak jelas mcm kapal pas dah nak karam
Mudah2an pas kalah dan Kelantan jatuh kepada Amanah. Amin Ya Rob.
Post a Comment