Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BERSATU PERLU NAFIKAN SECARA RESMI

Pas jangan mudah percaya dengan cerita dongeng
Mukhriz Mahathir
Mukhriz Mahathir

SHAH ALAM - Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mukhriz Mahathir meminta Pas supaya tidak mudah melatah dengan cakap-cakap melibatkan partinya dan DAP yang tersebar meluas sejak kebelakangan ini.

Menurutnya, ia hanya cerita dongeng yang sengaja direka dan disebar oleh pihak tertentu.

Mukhriz berkata demikian ketika menyanggah dakwaan berlakunya perbincangan pengagihan jawatan bagi kerajaan baharu antara DAP dan Bersatu.

"Dakwaan itu tidak benar. Perkara itu tidak berlaku. Dakwaan itu dibuat tanpa bukti yang kukuh. Dakwaan dibuat hanya untuk mengeruhkan hubungan antara Bersatu dengan Pas.

"Saya harap pihak di sebelah sana (Pas) tidak termakan dengan dakyah yang dilontarkan oleh pihak tertentu ini," katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Beliau dalam masa yang sama turut berharap mana-mana pihak dalam Pas yang tidak terlibat dalam rundingan antara partinya dan Pas supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan kerjasama kedua parti itu.

"Setakat ini hubungan kami masih baik. Rundingan antara Pas dengan Bersatu masih berjalan dengan lancar.

"Tidak perlu bagi pihak yang tidak terlibat dalam rundingan (di pihak Pas) untuk mengeruhkan lagi keadaan," katanya lagi.

4 orang berkata:

Anonymous said...

Hahaha
Pak karamu dah sebarkan fitnah semalam. Sekarang paksa org yg kena fitnah buat kenyataan rasmi pulak. Bila pak karamu dan lebai2 pas janggut kontot nak mintak maaf pd mahatir dan lim guan eng? Heeee nak masuk neraka la turr

Tar Snake and the germany cap said...

Tu la. Lain kali sebar fitnah lagi.

Anonymous said...

Pak karamu, nampak jelas mcm kapal pas dah nak karam

Anonymous said...

Mudah2an pas kalah dan Kelantan jatuh kepada Amanah. Amin Ya Rob.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.