‘Bila sudah tiada kuasa, semua didedah’
SHAH ALAM – Pas menyindir budaya politik di negara ini yang hanya mendedahkan kesalahan pemimpin apabila tidak lagi berkuasa.
Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, sedangkan ketika pemerintahan pemimpin tersebut, semuanya diam membisu.
“Inilah budaya, apabila tidak berkuasa semua terdedah. Semua pakat
bersuara tentang salah laku pemimpin sebelumnya,” katanya dalam satu
kenyataan, semalam.
Katanya, sikap tidak baik itu berlaku di dalam tata kelola pentadbiran di negara ini.
“Sifir mudahnya, buatlah apa sahaja sewaktu kamu berkuasa, kerana
semuanya kebal tidak ada siapa yang berani menyentuh. Ia akan terdedah
apabila sudah tidak berkuasa.
“Inilah yang berlaku kepada Tun Dr Mahathir (Mohamad) sekarang. Segala
yang beliau lakukan akan terdedah. Selama ini semuanya menikus,”
katanya.
Idris berkata, yang menjadi mangsa perbuatan pemimpin yang tidak telus ialah rakyat.
“Pemimpin dan kroni tidak terasa dengan permainan mereka, tetapi rakyat
menderita kerana asas ekonomi negara kucar kacir. (Perdana Menteri)
Datuk Seri Najib (Tun Razak) pun perlu ambil ingatan, apa yang berlaku
mengenai 1MDB (1Malaysia Development Berhad) juga akan terdedah apabila
beliau tidak ada kuasa.
“Oleh itulah ia tidak akan selesai jika hanya tukar individu, bukan
sistem. Siapa pun naik maka itulah yang berlaku kerana skrip sama, cuka
pelakon berbeza. Sebab itu Pas yakin perubahan bersama Islam untuk
selamatkan negara dan rakyat di negara ini,” katanya.
7 orang berkata:
Pakaramu...nak tumpang siar keputusan no.ekor dan toto kat blog ni bolih tak...takkan no togel indon je yang bolih..
Huh....
Kelakar la mamat ni.
1mdb kenapa senyap.
Nak tunggu derang pencen kot?
Bukan perlu 4 saksi ker?
Masa dilantik jadi pembesar pinang dulu, apa tugas lebai pas? Duit, guan eng dah bagi, ada buat program naikkan ROH Islam? Ke korang ULI telo je?
Buat masjid dan bangunan pentadbiran parti kat atas tanah org kafir tanpa kebenarn, boleh ker? Besok kat akhirat, malaikat tak tanya balik ker?
Bila PAS nak saman SR? Tunggu hilang kuasa di kelantan ke?
Satu hal yg puak2 PAS la ni x sedar ialah mereka selalu tepuk air dalam dulang . Last2 kena muka sendiri jugak . Dulu dalam kjaan PP ada kes hangpa hentam . X dak kan ? La ni awat yg hangpa macam2 . Tu x sama ke ? Sendiri mau ingat dulu lah . Jangan main guna lidah yg bertulang aje
Post a Comment