Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BUDAYA TELOQ AYAM PLASTIK

‘Bila sudah tiada kuasa, semua didedah’
Idris Ahmad
Idris Ahmad - Foto sumber internet

SHAH ALAM – Pas menyindir budaya politik di negara ini yang hanya mendedahkan kesalahan pemimpin apabila tidak lagi berkuasa.

Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, sedangkan ketika pemerintahan pemimpin tersebut, semuanya diam membisu.

“Inilah budaya, apabila tidak berkuasa semua terdedah. Semua pakat bersuara tentang salah laku pemimpin sebelumnya,” katanya dalam  satu kenyataan, semalam.

Katanya, sikap tidak baik itu berlaku di dalam tata kelola pentadbiran di negara ini.

“Sifir mudahnya, buatlah apa sahaja sewaktu kamu berkuasa, kerana semuanya kebal tidak ada siapa yang berani menyentuh. Ia akan terdedah apabila sudah tidak berkuasa.

“Inilah yang berlaku kepada Tun Dr Mahathir (Mohamad) sekarang. Segala yang beliau lakukan akan terdedah. Selama ini semuanya menikus,” katanya.

Idris berkata, yang menjadi mangsa perbuatan pemimpin yang tidak telus ialah rakyat.

“Pemimpin dan kroni tidak terasa dengan permainan mereka, tetapi rakyat menderita kerana asas ekonomi negara kucar kacir. (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Tun Razak) pun perlu ambil ingatan, apa yang berlaku mengenai 1MDB  (1Malaysia Development Berhad) juga akan terdedah apabila beliau tidak ada kuasa.

“Oleh itulah ia tidak akan selesai jika hanya tukar individu, bukan sistem. Siapa pun naik maka itulah yang berlaku kerana skrip sama, cuka pelakon berbeza. Sebab itu Pas yakin perubahan bersama Islam untuk selamatkan negara dan rakyat di negara ini,” katanya.

7 orang berkata:

Anonymous said...

Pakaramu...nak tumpang siar keputusan no.ekor dan toto kat blog ni bolih tak...takkan no togel indon je yang bolih..

Anonymous said...

Huh....
Kelakar la mamat ni.
1mdb kenapa senyap.
Nak tunggu derang pencen kot?

Anonymous said...

Bukan perlu 4 saksi ker?

Anonymous said...

Masa dilantik jadi pembesar pinang dulu, apa tugas lebai pas? Duit, guan eng dah bagi, ada buat program naikkan ROH Islam? Ke korang ULI telo je?

Anonymous said...

Buat masjid dan bangunan pentadbiran parti kat atas tanah org kafir tanpa kebenarn, boleh ker? Besok kat akhirat, malaikat tak tanya balik ker?

Anonymous said...

Bila PAS nak saman SR? Tunggu hilang kuasa di kelantan ke?

Lan said...

Satu hal yg puak2 PAS la ni x sedar ialah mereka selalu tepuk air dalam dulang . Last2 kena muka sendiri jugak . Dulu dalam kjaan PP ada kes hangpa hentam . X dak kan ? La ni awat yg hangpa macam2 . Tu x sama ke ? Sendiri mau ingat dulu lah . Jangan main guna lidah yg bertulang aje

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.