RUU 355: Umno dalang BN berpecah
SEKIRANYA Umno bertegas membentangkan pindaan Akta
Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 di Parlimen,
BN kemungkinan menghadapi perpecahan.
Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam satu temu bual bersama
Sin Chew Jit Poh berkata, pendirian MCA adalah jelas iaitu tetap
membantah keputusan kerajaan mengambil alih pindaan RUU 355 atau yang
sama dengan usul dibawa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Jika Umno tidak pedulikan bantahan komponen BN dan tetap mahu
bentangkan RUU 355 yang melanggar Perlembagaan Persekutuan, yang akan
menjadi dalang merosakkan semangat BN adalah Umno.
"Sesiapa yang menggerakkan dan menyokong RUU 355, dialah yang menjadi dalang memecahbelahkan BN.
"Bila berlaku keadaan ini, yang merosakkan semangat BN bukanlah MCA, tetapi Umno," tegas beliau.
Menurutnya, walaupun MCA hanya ada tujuh ahli parlimen di Dewan Rakyat,
partinya tetap akan undi menentang secara habis-habisan.
Beliau mempersoalkan apakah BN masih boleh wujud sekiranya semangat BN telah hilang dalam gabungan tersebut.
Kata Tiong Lai lagi, pindaan akta berkenaan yang membolehkan mahkamah
syariah menjatuhkan hukuman penjara lebih berat sehingga 30 tahun,
denda RM100,000 dan 100 kali sebatan adalah tidak berperlembagaan.
"Sekiranya akta ini diluluskan, ia menjadi ruang kepada semua negeri untuk melaksanakan hukuman hudud," katanya.
Menurutnya, MCA rasa bimbang dan membantah disebabkan ketika ini kuasa
mahkamah syariah adalah di bawah mahkamah sivil, oleh itu biarpun
kerajaan negeri (Kelantan) bersetuju meluluskan hukuman hudud, ia tetap
tidak boleh dilaksanakan.
"Sekiranya RUU 355 yang dibawa Abdul Hadi diluluskan, kuasa mahkamah
syariah akan diperluaskan sehingga setaraf ataupun mengatasi kuasa
mahkamah sivil, maka pada masa itu semua negeri akan dibolehkan
melaksanakan hukuman hudud," katanya.
13 orang berkata:
Pak karam..knp walaun Pas dah mcm macai Umno..suka main isu perkauman dan agama utk menakutkan org2 melayu. Takkan masih bodoh..skrg zaman teknologi bkn mcm zaman memali..penyokong2 mudah dihasut dan ditipu tok ketua.
Pok kera mu..mcm x ada modal dahh..
Rencana yg di tulis olih Ong Boon Teck ni mununjukkan MCA dah senada dgn DAP
Apa beza dedak 90j halal dgn dedak 90j haram? Boleh pak karam ulas?
Pas ada logo halal jakim tak?
Pak karam, kapal sapa yg karam tu? Kaler dia hijo....
Pakkaramu...bukan cina tapi mca je
Sebenarnya ruu 355 tgha ni mungkin strategi memecahkan umnobn. Tapi pandap tak boleh fikir.
Dah balun 90juta dari ketua penyamun..mana lebai2 tu boleh berfikir dgn waras skrg..
Parti pigs mana ada akal
JUDI DAN TENUNG NASIB ADALAH HARAM DISISI ALLAH S.W.T. SETIAP DAGING YANG TUMBUH DARI SUMBER YANG HARAM,MAKA API NERAKA ADALAH LEBIH BAIK UNTUKNYA.....NAUZUBILLAH BIZALIK!
RUU 355 IS ONLY FOR MUSLIM PEOPLES...THE NON-MUSLIM SHOULD BE NOT WORRY AND FEAR BECAUSE THEY ARE NOT INCLUDED AND EFFECTS WITH THIS LAWS(RUU-355) SO,WHY THE CHINESE COMMUNITY AND NON-MUSLIM AGAINTS THAT LAWS...RUU-355 IS FOR STRENGTHENING TO JURISDICTION OF SHARIAH COURT TO INCREASE THE PUNISHMENTS AND FINE FOR SHARIAH CRIMES....TRUST ME!...THE CHINESE COMMUNITIES AND NON-MUSLIMS NOTHING TO LOSE WITH THIS LAWS!
RUU 355 is only for Muslim peoples...The non-muslims should be not worry and fear because they are not included and effected with this laws. So,why Chinese community and non-Muslim against this laws? The RUU-355 is to be strengthening the jurisdiction on Shariah Court to increase the punishment and fines for shariah crimes,it clearly just for muslim peoples. Trust me! The Chinese community and non-muslim nothing to lose with this laws!
Post a Comment