Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

CINA CUBA KAWAL AGAMA KEPERCAYAAN ORANG MELAYU ???

RUU 355: Umno dalang BN berpecah
RUU 355: Umno dalang BN berpecah
 
SEKIRANYA Umno bertegas membentangkan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 di Parlimen, BN kemungkinan menghadapi perpecahan.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam satu temu bual bersama  Sin Chew Jit Poh berkata, pendirian MCA adalah jelas iaitu tetap membantah keputusan kerajaan mengambil alih pindaan RUU 355 atau yang sama dengan usul dibawa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Jika Umno tidak pedulikan bantahan komponen BN dan tetap mahu bentangkan RUU 355 yang melanggar Perlembagaan Persekutuan, yang akan menjadi dalang merosakkan semangat BN adalah Umno.

"Sesiapa yang menggerakkan dan menyokong RUU 355, dialah yang menjadi dalang memecahbelahkan BN.

"Bila berlaku keadaan ini, yang merosakkan semangat BN bukanlah MCA, tetapi Umno," tegas beliau.

Menurutnya, walaupun MCA hanya ada tujuh ahli parlimen di Dewan Rakyat, partinya tetap akan undi menentang secara habis-habisan.

Beliau mempersoalkan apakah BN masih boleh wujud sekiranya semangat BN telah hilang dalam gabungan tersebut.

Kata Tiong Lai lagi, pindaan akta berkenaan yang membolehkan mahkamah syariah menjatuhkan hukuman penjara lebih berat sehingga  30  tahun, denda RM100,000 dan 100 kali sebatan adalah tidak berperlembagaan.

"Sekiranya akta ini diluluskan, ia menjadi ruang kepada semua negeri untuk melaksanakan hukuman hudud," katanya.

Menurutnya,  MCA rasa bimbang dan membantah disebabkan ketika ini kuasa mahkamah syariah adalah di bawah mahkamah sivil, oleh itu biarpun kerajaan negeri (Kelantan) bersetuju meluluskan hukuman hudud, ia tetap tidak boleh dilaksanakan.

"Sekiranya  RUU 355 yang dibawa Abdul Hadi diluluskan, kuasa  mahkamah syariah akan diperluaskan sehingga setaraf ataupun mengatasi kuasa mahkamah sivil, maka pada masa itu semua negeri akan dibolehkan melaksanakan hukuman hudud," katanya.

13 orang berkata:

Anonymous said...

Pak karam..knp walaun Pas dah mcm macai Umno..suka main isu perkauman dan agama utk menakutkan org2 melayu. Takkan masih bodoh..skrg zaman teknologi bkn mcm zaman memali..penyokong2 mudah dihasut dan ditipu tok ketua.

Anonymous said...

Pok kera mu..mcm x ada modal dahh..

Anonymous said...

Rencana yg di tulis olih Ong Boon Teck ni mununjukkan MCA dah senada dgn DAP

Tar Snake Totey Cecik said...

Apa beza dedak 90j halal dgn dedak 90j haram? Boleh pak karam ulas?

Anonymous said...

Pas ada logo halal jakim tak?

Ika comey lembah pantat said...

Pak karam, kapal sapa yg karam tu? Kaler dia hijo....

Anonymous said...

Pakkaramu...bukan cina tapi mca je

Anonymous said...

Sebenarnya ruu 355 tgha ni mungkin strategi memecahkan umnobn. Tapi pandap tak boleh fikir.

Anonymous said...

Dah balun 90juta dari ketua penyamun..mana lebai2 tu boleh berfikir dgn waras skrg..

Anonymous said...

Parti pigs mana ada akal

Anonymous said...

JUDI DAN TENUNG NASIB ADALAH HARAM DISISI ALLAH S.W.T. SETIAP DAGING YANG TUMBUH DARI SUMBER YANG HARAM,MAKA API NERAKA ADALAH LEBIH BAIK UNTUKNYA.....NAUZUBILLAH BIZALIK!

Anonymous said...

RUU 355 IS ONLY FOR MUSLIM PEOPLES...THE NON-MUSLIM SHOULD BE NOT WORRY AND FEAR BECAUSE THEY ARE NOT INCLUDED AND EFFECTS WITH THIS LAWS(RUU-355) SO,WHY THE CHINESE COMMUNITY AND NON-MUSLIM AGAINTS THAT LAWS...RUU-355 IS FOR STRENGTHENING TO JURISDICTION OF SHARIAH COURT TO INCREASE THE PUNISHMENTS AND FINE FOR SHARIAH CRIMES....TRUST ME!...THE CHINESE COMMUNITIES AND NON-MUSLIMS NOTHING TO LOSE WITH THIS LAWS!

Anonymous said...

RUU 355 is only for Muslim peoples...The non-muslims should be not worry and fear because they are not included and effected with this laws. So,why Chinese community and non-Muslim against this laws? The RUU-355 is to be strengthening the jurisdiction on Shariah Court to increase the punishment and fines for shariah crimes,it clearly just for muslim peoples. Trust me! The Chinese community and non-muslim nothing to lose with this laws!

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.