Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JIKA BANTAH HINA SYARI'AH

‘Jangan bantah, tapi sokong Himpunan 355’
Nasrudin Hassan
Nasrudin Hassan

SHAH ALAM - Pas berharap Himpunan 355 yang akan diadakan pada 18 Februari ini tidak dibantah, malah disokong.

Pengarah Himpunan 355, Nasrudin Hassan berkata, tiada keperluan bagi sesiapa untuk mencurigai himpunan bertemakan Syariah Diperkasa Rakyat Sejahtera itu.

“Himpunan 355 tiada kebencian, tiada amarah, tiada provokasi, tiada pengkhianatan, tiada penghinaan, tiada sabotaj, tiada huru-hara, tiada gangguan dan tiada ketegangan.

“Sebaliknya apa yang ada ialah Himpunan 355 menyebarkan kasih sayang, persahabatan, saling menghormati antara agama dan kaum, tertib, menyemarakkan semangat amal Islami, mengeratkan silaturahim, mengimarahkan ibu kota dengan akhlak mulia, menyuburkan perjuangan Islam, menjulang keadilan dan mewujudkan rakyat Malaysia yang aman dan sejahtera,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Bagaimanapun, menurut Nasrudin, pihaknya tidak dapat menghalang jika ada yang mahu membantah himpunan tersebut.

“Itu adalah hak mereka untuk membantah dan tidak bersetuju. Sukar untuk memastikan 100 peratus manusia sokong kita.

“Maka terpulanglah. Namun, saya terus berdoa agar mereka tidak perlu bantah sebaliknya menukar sikap menyokong perjuangan kami,” katanya.

Kelmarin, NGO Bebas dalam satu kenyataan berkata, mereka akan mengadakan himpunan aman pada 18 Februari ini di Padang Merbok, Kuala Lumpur.

Himpunan itu bertujuan membantah usul persendirian Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk memperluaskan bidang kuasa jenayah mahkamah syariah di bawah Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355).

2 orang berkata:

Anonymous said...

Perhimpunan haram. Tak ada permit. Mana boleh sokong

Anonymous said...

Kirim salam kat awek german, bole??

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.