‘Jangan bantah, tapi sokong Himpunan 355’
SHAH ALAM - Pas berharap Himpunan 355 yang akan diadakan pada 18 Februari ini tidak dibantah, malah disokong.
Pengarah Himpunan 355, Nasrudin Hassan berkata, tiada keperluan bagi
sesiapa untuk mencurigai himpunan bertemakan Syariah Diperkasa Rakyat
Sejahtera itu.
“Himpunan 355 tiada kebencian, tiada amarah, tiada provokasi, tiada
pengkhianatan, tiada penghinaan, tiada sabotaj, tiada huru-hara, tiada
gangguan dan tiada ketegangan.
“Sebaliknya apa yang ada ialah Himpunan 355 menyebarkan kasih sayang,
persahabatan, saling menghormati antara agama dan kaum, tertib,
menyemarakkan semangat amal Islami, mengeratkan silaturahim,
mengimarahkan ibu kota dengan akhlak mulia, menyuburkan perjuangan
Islam, menjulang keadilan dan mewujudkan rakyat Malaysia yang aman dan
sejahtera,” katanya dalam kenyataan, semalam.
Bagaimanapun, menurut Nasrudin, pihaknya tidak dapat menghalang jika ada yang mahu membantah himpunan tersebut.
“Itu adalah hak mereka untuk membantah dan tidak bersetuju. Sukar untuk memastikan 100 peratus manusia sokong kita.
“Maka terpulanglah. Namun, saya terus berdoa agar mereka tidak perlu
bantah sebaliknya menukar sikap menyokong perjuangan kami,” katanya.
Kelmarin, NGO Bebas dalam satu kenyataan berkata, mereka akan
mengadakan himpunan aman pada 18 Februari ini di Padang Merbok, Kuala
Lumpur.
Himpunan itu bertujuan membantah usul persendirian Presiden Pas, Datuk
Seri Abdul Hadi Awang untuk memperluaskan bidang kuasa jenayah mahkamah
syariah di bawah Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU
355).
2 orang berkata:
Perhimpunan haram. Tak ada permit. Mana boleh sokong
Kirim salam kat awek german, bole??
Post a Comment