Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JIKA MAHADHIR BUAT FITNAH BESAR MENGAPA TAK TANGKAP ???

Forest City: Kenyataan Tun M fitnah besar
Jom bantu
Najib menyampaikan bantuan sambil beramah mesra dengan keluarga Mohd Darwisi Sarudin sambil diperhatikan ibunya Radziah Mahmood,46 (empat,kanan) semasa mengunjungi ke rumahnya sempena Program Jom Bantu Rakyat Parlimen Titiwangsa di Perkarangan Flat Desa Pandan Hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melakukan fitnah besar terhadap kerajaan negeri Johor dan Malaysia berhubung kenyataannya mengenai projek Forest City di Johor Bahru.    

Perdana menteri menafikan dakwaan Dr Mahathir kononnya seramai 700,000 warga China akan dibawa masuk ke Johor di bawah projek itu dan diberi kewarganegaraan.

"Bila kerajaan negeri Johor luluskan Forest City, bila tanah itu ditebus, reclaim land, kita jual kepada orang luar atas leasehold (pegangan pajak) untuk tempoh 99 tahun sahaja.


"Bila mereka membeli rumah, rumah itu di atas tanah kita. Jadi di mana soal kedaulatan negara kita terkorban," katanya semasa berucap merasmikan program 'Jom Bantu Rakyat' di Desa Pandan di sini hari ini.    

Beliau berkata rakyat China yang negara mereka sudah menjadi sebuah kuasa ekonomi dunia dan memiliki pendapatan tinggi tidak akan berhasrat untuk menjadi warga negara Malaysia.

Najib berkata warga China yang menyertai program 'Malaysia My Second Home' juga tidak berhak mendapat kerakyatan Malaysia walaupun mereka menetap di negara ini.   

Beliau berkata apa bezanya rakyat negara lain yang membeli rumah di Kuala Lumpur dengan rakyat China yang membeli rumah di Johor.    

"Adakah kalau orang Amerika Syarikat atau Jepun beli rumah di Kuala Lumpur itu baik, tetapi orang China beli rumah di Johor itu tidak baik?," soal perdana menteri.    

Najib turut menjelaskan mengenai lawatan rasminya ke China baru-baru ini yang bertujuan untuk menarik pelaburan ke negara ini.    

Beliau mengambil contoh kejayaan Dubai (UAE) yang dahulunya adalah padang pasir, namun kini telah menjadi sebuah bandar metropolis yang hebat dan rakyatnya mendapat pendapatan tinggi hasil daripada pelaburan luar dan pembangunan tanah.    

"Kalau dasar Dubai berjaya, kita juga boleh bangunkan tanah kita," katanya. Dr Mahathir sebelum ini dilaporkan mendakwa warga China yang ke Johor itu akan

diberi kad pengenalan bagi membolehkan mereka mengundi pada pilihan raya umum akan datang. 
   
Dalam pada itu, Najib turut menempelak Dr Mahathir berhubung kenyataannya semalam tentang hasrat DAP yang mahukan jawatan timbalan perdana menteri jika pembangkang memenangi pilihan raya akan datang.  
  
Perdana menteri berkata selama 22 tahun Dr Mahathir mengutuk veteran DAP Lim Kit Siang dengan mengatakan pemimpin itu rasis, anti-Islam dan anti-Melayu namun kini mahu memberikan jawatan nombor dua negara kepada parti itu.    

"Kalau begitu keadaannya, kita tidak boleh harap masa depan kita. Janganlah kerana politik kita buat kenyataan ataupun dealing (sepakatan) seperti ini yang ada implikasi besar kepada kita semua," katanya.

Justeru, katanya, rakyat tidak perlulah memikirkan mengenai perkara itu kerana yang diperlukan mereka adalah sebuah kerajaan yang boleh membawa negara ke hadapan.

"Saya dan rakan-rakan dalam kerajaan mahu membawa Malaysia ke mercu kejayaan sebagai antara 20 negara terbaik di dunia dalam masa 30 tahun lagi dan ini boleh dilakukan jika kita tidak terbawa-bawa dengan terlalu banyak politiking.    

"Kalau kita tidak menghasut rakyat, kalau kita tidak mengelirukan rakyat dan kalau rakyat tahu hala tuju dan rakyat sokong, Insya-Allah kita akan sampai ke destinasi yang kita impikan dan hasratkan," kata Najib.  
  
Dalam ucapannya, perdana menteri turut mengumumkan kelulusan pembangunan semula projek perumahan rakyat termiskin (PPR) Sri Perlis 1 dan 2 di Keramat di sini yang akan dilaksanakan secara berfasa.    

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan jumlah peruntukan yang diluluskan dan menyerahkan kepada Kementerian Wilayah Persekutuan untuk menentukan butirannya.    

Turut hadir pada majlis itu, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri Kewangan Kedua yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani. - Bernama

6 orang berkata:

Anonymous said...

Pas nak buat perhimpunan.
Ngo pun nak buat perhimpunan.

Bertempur la jawapnya....

Anonymous said...

Perhimpunan tak ada permit.
Perhimpunan haram.
Kena tangkap masuk lokap.
Sia2 hilang kerja.
Penjawat awam kalu tak sayang kerja, sila la pergi himpunan haram tu

Anonymous said...

Ada org pas sgor tak bagi ngo buat perhimpunan balas ruu pd 18 feb.

Knapa tak bole?

Dataran merdeka tu atok dia yg punya ker??

Pas bole buat takkan org lain tak bole buat?? Ni negara demokrasi kan kan kan

Anonymous said...

Klu 30 juta hadir perhimpunan pun, ia tak akan pengaruhi ruu tu.
Sebab yg undi cuma 222 ahli parlimen kat dewan.

Sia2 je perhimpunan tu. Tak pekdah pun sbb ahli parlimen untaa cuma 6 org.

Anonymous said...

6/222. Fail!!!

Anonymous said...

Singapura tu dulu msia punya.
Sekarang dah jadi cina punya.
Masih tak sedar apa tun cakap??

Tak sedar, tak apalah.
Mungkin masa tu ko dah mati.
Biarlah cucu cicit ko yg merasa.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.