Forest City: Kenyataan Tun M fitnah besar
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bekas Perdana Menteri
Tun Dr Mahathir Mohamad melakukan fitnah besar terhadap kerajaan negeri
Johor dan Malaysia berhubung kenyataannya mengenai projek Forest City
di Johor Bahru.
Perdana menteri menafikan dakwaan Dr Mahathir kononnya seramai 700,000
warga China akan dibawa masuk ke Johor di bawah projek itu dan diberi
kewarganegaraan.
"Bila kerajaan negeri Johor luluskan Forest City, bila tanah itu
ditebus, reclaim land, kita jual kepada orang luar atas leasehold
(pegangan pajak) untuk tempoh 99 tahun sahaja.
[ARTIKEL BERKAITAN: Tun M jawab Sultan Johor isu Forest City]
"Bila mereka membeli rumah, rumah itu di atas tanah kita. Jadi di mana
soal kedaulatan negara kita terkorban," katanya semasa berucap
merasmikan program 'Jom Bantu Rakyat' di Desa Pandan di sini hari ini.
Beliau berkata rakyat China yang negara mereka sudah menjadi sebuah
kuasa ekonomi dunia dan memiliki pendapatan tinggi tidak akan berhasrat
untuk menjadi warga negara Malaysia.
Najib berkata warga China yang menyertai program 'Malaysia My Second
Home' juga tidak berhak mendapat kerakyatan Malaysia walaupun mereka
menetap di negara ini.
Beliau berkata apa bezanya rakyat negara lain yang membeli rumah di
Kuala Lumpur dengan rakyat China yang membeli rumah di Johor.
"Adakah kalau orang Amerika Syarikat atau Jepun beli rumah di Kuala
Lumpur itu baik, tetapi orang China beli rumah di Johor itu tidak
baik?," soal perdana menteri.
Najib turut menjelaskan mengenai lawatan rasminya ke China baru-baru
ini yang bertujuan untuk menarik pelaburan ke negara ini.
Beliau mengambil contoh kejayaan Dubai (UAE) yang dahulunya adalah
padang pasir, namun kini telah menjadi sebuah bandar metropolis yang
hebat dan rakyatnya mendapat pendapatan tinggi hasil daripada pelaburan
luar dan pembangunan tanah.
"Kalau dasar Dubai berjaya, kita juga boleh bangunkan tanah kita,"
katanya. Dr Mahathir sebelum ini dilaporkan mendakwa warga China yang ke
Johor itu akan
diberi kad pengenalan bagi membolehkan mereka mengundi pada pilihan raya umum akan datang.
Dalam pada itu, Najib turut menempelak Dr Mahathir berhubung
kenyataannya semalam tentang hasrat DAP yang mahukan jawatan timbalan
perdana menteri jika pembangkang memenangi pilihan raya akan datang.
Perdana menteri berkata selama 22 tahun Dr Mahathir mengutuk veteran
DAP Lim Kit Siang dengan mengatakan pemimpin itu rasis, anti-Islam dan
anti-Melayu namun kini mahu memberikan jawatan nombor dua negara kepada
parti itu.
"Kalau begitu keadaannya, kita tidak boleh harap masa depan kita.
Janganlah kerana politik kita buat kenyataan ataupun dealing (sepakatan)
seperti ini yang ada implikasi besar kepada kita semua," katanya.
Justeru, katanya, rakyat tidak perlulah memikirkan mengenai perkara itu
kerana yang diperlukan mereka adalah sebuah kerajaan yang boleh membawa
negara ke hadapan.
"Saya dan rakan-rakan dalam kerajaan mahu membawa Malaysia ke mercu
kejayaan sebagai antara 20 negara terbaik di dunia dalam masa 30 tahun
lagi dan ini boleh dilakukan jika kita tidak terbawa-bawa dengan terlalu
banyak politiking.
"Kalau kita tidak menghasut rakyat, kalau kita tidak mengelirukan
rakyat dan kalau rakyat tahu hala tuju dan rakyat sokong, Insya-Allah
kita akan sampai ke destinasi yang kita impikan dan hasratkan," kata
Najib.
Dalam ucapannya, perdana menteri turut mengumumkan kelulusan
pembangunan semula projek perumahan rakyat termiskin (PPR) Sri Perlis 1
dan 2 di Keramat di sini yang akan dilaksanakan secara berfasa.
Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan jumlah peruntukan yang diluluskan
dan menyerahkan kepada Kementerian Wilayah Persekutuan untuk menentukan
butirannya.
Turut hadir pada majlis itu, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri
Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri Kewangan Kedua yang juga Ahli
Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani. - Bernama
6 orang berkata:
Pas nak buat perhimpunan.
Ngo pun nak buat perhimpunan.
Bertempur la jawapnya....
Perhimpunan tak ada permit.
Perhimpunan haram.
Kena tangkap masuk lokap.
Sia2 hilang kerja.
Penjawat awam kalu tak sayang kerja, sila la pergi himpunan haram tu
Ada org pas sgor tak bagi ngo buat perhimpunan balas ruu pd 18 feb.
Knapa tak bole?
Dataran merdeka tu atok dia yg punya ker??
Pas bole buat takkan org lain tak bole buat?? Ni negara demokrasi kan kan kan
Klu 30 juta hadir perhimpunan pun, ia tak akan pengaruhi ruu tu.
Sebab yg undi cuma 222 ahli parlimen kat dewan.
Sia2 je perhimpunan tu. Tak pekdah pun sbb ahli parlimen untaa cuma 6 org.
6/222. Fail!!!
Singapura tu dulu msia punya.
Sekarang dah jadi cina punya.
Masih tak sedar apa tun cakap??
Tak sedar, tak apalah.
Mungkin masa tu ko dah mati.
Biarlah cucu cicit ko yg merasa.
Post a Comment