PEMIKIRAN KAMPUNGAN NAMPAK BERLAKU KETIDAK ADILAN !
Orang kampung tidak banyak faham tentang sepak terajang undang-undang, orang kampung juga tidak banyak faham tentang putar belit undang-undang, akan tetapi orang kampung faham tentang muslihat keadilan kerana orang kampung sudah masak dan selalu menjadi mangsa keadilan oleh muslihat orang yang berkuasa yang sentiasa hendak mengena dan tidak suka terkena konon untuk demokrasi, menghormati dan keadilan, soalnya adakah soal menghormari, demokrasi, keadilan itu dapat menghormati dan mengatasi undang-undang ?
Dalam kes Dato Sri Anuar Ibrahim pehak peguam bela telah gagal untuk mendapatkan nota perubatan HKL untuk didengar dan dibahaskan demi keadilan semua pehak, menyerahkan nota perubatan yang dipinta untuk mendapatkan keadilan dalam memberikan keadilan sesuai dengan akta keterangan sek 45 akta keterangan 1950 dilihat sebagai demokrasi dan perlu diamalkan demi untuk memuaskan hati semua pehak dan tidak timbul soal saksi tidak mahu melihatnya kerana di Mahkamah adalah untuk mencari penyelesaian yang adil, jika mahkamah menghadkan demokrasi berhujah demi keadilan maka fungsi mahkamah dilihat sebagai berat sebelah dan kepercayaan orang ramai terhadap mahkamah akan luntur
Apakah sebenarnya yang berlaku di mahkamah ? Adakah dengan menyerahkan nota perubatan kepada pehak peguam bela dilihat sebagai menyukarkan pehak pendakwaan untuk menjawab segala soalan dari pehak pembelaan atau ada muslihat lain untuk menzalimi tertuduh ? Demikianlah kira-kira yang ada didalam pemikiran orang kampung yang tidak arif tentang undang-undang dan orang kampung hanya nampatk secara jelas hujah yang kelihatan dengan ketidak adilan didalam kes Dato Sri Anuar Ibrahim ini apabila dia dinafikan untuk mendapatkan nota perubatan daripada HKL sedangkan mungkin dengan nota ini maka akan terbongkar satu muslihat untuk menghukum orang yang tertuduh tanpa keadilan
Orang kampung tidak mempersoalkan tentang ujudnya mahkamah untuk seseorang mendapatkan keadilan akan tetapi orang kampung mungkin dapat menilai keupayaan pegawai mahkamah yang kurang mampu berhujah untuk mendapatkan keadilan sejagat apabila menapikan hak keadilan terhadap orang yang kena tuduh untuk mendapatkan bukti bagi mempertahankan dirinya yang dia rasa ada muslihat untuk menginaya dirinya, tentunya dia merasa keciwa apabila haknya dinafikan dan orang kampung pula nampak ketempangan mahkamah yang tidak bersifat demokratik berlaku pada badan bebas itu, justru janganlah bercita-cita untuk menghukum orang yang kita tidak suka kepadanya semata-mata untuk memuaskan hati orang lain
0 orang berkata:
Post a Comment