SOI LEK PERSOAL MENGAPA HARI PERAYAAN 'IDUL ADHA DI KELANTAN KEDAI TUTUP ?
Hariraya 'Idul Adha di Kelantan memang dari dulu disambut secara meriah dan lebih diutamakan daripada hariraya 'Idul Fitri, masyarakat di negara ini semuanya lebih maklum dan ia bukan suatu yang baru namun ia adalah suatu yang baru pula bagi Presiden MCA yang tidak faham tentang status perayaan tersebut didalam islam, kerana itu adalah lebih baik Presiden MCA itu MENUTUP MULUTNYA
Perayaan 'Idul Adha adalah perayaan agama bagi umat islam diseluruh bumi dunia, Allah telah memberikan hanya dua perayaan bagi umat islam iaitu 'Idul Fitri dan 'Idul Adha, itulah perayaan yang di iktiraf oleh Allah sebagai hari perayaan agama bagi umat islam setelah umat islam mendahulukan dengan melakukan ibadat yang diperintahkanNya iaitu ibadat puasa bagi mendapatkan perayaan 'Idul fitri dan menunaikan ibadat haji bagi mendapatkan perayaan 'Idul Adha
Orang bukan islam dan orang islam sendiripun perlu faham tentang perkara ini, diantara dua perayaan ini maka jika mengikut agama islam maka perayaan 'Idul Adhalah yang paling top jika hendak dibandingkan dengan perayaan 'Idul Fitri kerana perayaan 'Idul Adha ini melibatkan pengertian PENGORBANAN DAN PERJUANGAN yang meluas didalam islam, tidak sepertimana maksud hari perayaan 'Idul Fitri yang hanya untuk berkorban memfitrahkan (membersihkan) diri individu semata-mata
Apabila Presiden MCA mempersoalkan mengapa bersemperna dengan 'Idul Adha kedai di Kelantan semuanya tutup maka Presiden MCA itu telah mempersoalkan urusan agama umat islam kerana kejahilannya ATAU dia sengaja mahu MENCARI PASAL dengan umat islam tentang fitrah agama islam dan dia mungkin secara jahil menegur kedai di Kelantang semuanya tutup
Apa yang penting bagi Presiden MCA itu ialah memahami sesuatu yang terdapat pada agama islam terlebih dahulu sebelum membuat teguran atau dia sengaja hendak menyakitkan hati orang islam dan orang melayu yang menganut agama islam di negara ini, mungkin dia melihat perayaan 'Idul Adha mengikut acuan UMNO yang mengutamakan hari raya 'Idul Fitri dari 'Idul Adha lalu dia menegur secara yang sumbang dan bodoh ATAU UMNO telah gagal melakukan dakwah terhadap rakan komponennya tentang agama dan perayaan
Sebelum kenyataan ini dibuat sudah beberapa kali dia telah melakukan penghinaan terhadap agama islam akan tetapi mungkin dia tidak diajar oleh UMNO tentang pantang larang kenyataan yang berbentuk sensitif orang islam dan melayu yang beragama islam namun kita tidak pernah mendengar orang UMNO yang membuat teguran terhadap dirinya mungkin mereka sama-sama jahil tentang agama sekalipun UMNO mempunyai ulama dan Ulama mudanya
1 orang berkata:
CSL a.k.a pornstar tu mmg tak sayang mulut!! pukimak punya cina.. time raya cina depa tutup kedai org tak bising pun!! bangang!
mana perkasam? pukida? diam ja!!
Post a Comment